Sunday, January 23, 2011

Salah sangka cintanya...

-5-

Tiba-tiba Danial hilang dan meninggalkan kabus kelam di hadapan mereka. Norina tersentak dari mimpi anih itu.
“Huh! Mimpikan anak beruang? Tak ada maknanya.” Sempat lagi dia merungut sambil menarik tuala yang disangkut di kepala kerusi di hujung katil. Laju langkahnya menuju ke dapur. “Mesti ada makanan sedap!” Ingatannya terhadap mimipi pelik terus hilang dari ingatan.
Matahari mula meninggi tetapi Puan Zaidah masih sibuk memasak. Katanya ada bekal untuk Norina yang akan balik sekejap lagi. Juga dia memasak lebih. “Untuk Emi.” Katanya perlahan. Disebabkan dia melahirkan anak yang malas memasak, jadi dia berfikir eloklah dibuat sambal ikan bilis goreng yang digoreng sehingga kering dan tahan bermingu-minggu jika disimpan di dalam peti ais. Sambal itu boleh dipanaskan dan boleh juga dimakan dengan roti.
Norina melurut rambul sambil mendiamkan dirinya di luar pintu dapur. Bibirnya menguntum bila matanya terpandang biskut conflakes bermadu di dalam beg plastik untuk bekalnya. Bimbang dileteri Puan Zaidah kerana bangun lambat dia berdingkit-dingkit ke bilik semula. Pintu bilik mandi ditolak perlahan. Setengah jam kemudian dia menolak pintu bilik. Beg pakaian yang muat dua tiga helai pakaian dan barang mekap di bimbit lalu diletak di luar pintu bilik. Selepas menutup pintu bilik dia menapak semula ke dapur.
Mangkuk tingkat dan bekas makanan di atas meja dapur sudah siap diisi dengan makanan. Norina tersengih. Sambil menutup tudung Puan Zaidah merungut. “Entah kenapa telefon tak berbunyi pula. Selalunya di waktu-waktu begini makcik Minah kamu akan menelefon. Tanyakan mak nak pesan apa-apa. Dia akan ke pasar sekejap lagi.” Sambil itu Puan Zaidah menjeling jam dinding di atas kepalanya.
Norina yang sedang menarik zip beg pakaian terkasima. Kata-kata emaknya bagaikan bom berangkai yang diletak di dalam lubang telinga. Pantas matanya melirik ke arah meja telefon. Dia berdiri dan bergerak sepantas yang boleh untuk membetulkan ‘kerosakan’ talian telefon itu tetapi belum sempat tangannya mencapai gagang telefon Puan Zaidah terpacul di belakangnya.
“Telefon ini rosak agaknya!” Puan Zaidah memandang sekilas ke wajah Norina. Tanpa menyedari Norina mencabut kabel dia berjalan ke pintu depan. “Harap-harap dia akan berhenti sekejap. Kalau tak terpaksa lah mak tunggu esok pula.” Matanya melilau ke arah jalanraya di hadapan rumah.
Terdetik rasa kasihan di hati Norina kerana ‘mematikan’ panggilan telefon itu. Maknya jarang keluar dari rumah kalau tidak ada hal yang benar-benar mustahak.
“Cuba kamu tengok kabel di belakang. Mana tahu kalau-kalau longgar pula.” Usul Puan Zaidah tanpa berpaling memandang Norina.
“Dah siap!” Balas Norina. Sebetulnya dia sedang menyumbat kepala penyambung itu ke tempatnya sewaktu menerima arahan daripada Puan Zaidah. Gelihatinya dengan diri sendiri.
Sebaik kabel disambung telefon berdering tiba-tiba.
Puan Zaidah berkejar ke meja telefon.
Terdetik di hati Norina untuk tidak menghiraukan panggilan itu, tetapi memandangkan Puan Zaidah sedang menunggu panggilan dia terpaksa mengangkat gagang itu. Tidak dijawabnya sebaliknya dia menghulur kepada Puan Zaidah yang berdiri terpacak di sebelahnya.
Puan Zaidah segera menyambut. “Assalamualaikum. Timah ya? Telefon ni buat hal. Akak nak ikan kerisi la pula. Kalau ada daging awak ambilkan setengah kilo.” Terus sahaja dia bercerita. Seketika kemudian dia terdiam sebaik sahaja telinganya menangkap suara lelaki di sebelah sana. “Siapa pula ini?” Tanyanya; berkerut dahinya.
Norina diam menyandar di dinding ruang tamu bercat hijau muda itu. Nak juga dia tahu dengan siapa maknya bercakap. Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang. “Anak beruang?” Tanyanya pantas. Dia ingin merampas gagang telefon itu tetapi bila melihat emaknya begitu galak bercerita hajatnya dimatikan. Perasaan cemburunya melonjak-lonjak keluar. Tahu sangat dia siapa yang berborak dengan emaknya. Dia yakin manusia itu ialah anak beruang. Bibirnya diketap geram. “Aku benci” Katanya perlahan kepada diri. Dia berpaling bila emak memanggilnya;
“Nah.” Gagang telefon dihulur dan Norina terpaksa menyambut dengan berat hati.
Sambil itu dia memandang wajah Puan Zaidah yang bercahaya bagai bulan purnama. Dia tahu inilah panggilan yang paling ditunggu-tunggu oleh perempuan yang akan berumur empat puluh tiga tahun pada bulan Jun tahun ini. Selepas melawan getar di dalam diri dia menghulur gagang telefon itu kembali. Digagahi dirinya untuk bersuara. “Tak nak lah mak. Mak borak lah. Orang ada kerja.” Langkah kakinya dilajukan ke bilik. Perasaan cemburu yang bercampur geram dan marah dikawal sedaya upaya. Biar tak sesiapa pun tahu gelodak hatinya. Biar hanya dia yang menanggungnya sendiri.

No comments:

Post a Comment