Wednesday, October 30, 2013

Sekeping Cinta Untuk Dia

1 Tik tok. Tik tok. Tik tok. “Hish! Alarm ni…..,kacau ah!” Tutup mata balik. Nak mimpi memanjat bulan guna eskalator. Tak sedar dia tersengih. Bodoh betul mimpi. Elok matanya layu, ada bunyi lagi. Tik tok. Tik tok. Ah…bising betullah. Garu-garu kepala. Rambut jadi lebih kusut. Dia cuba tidur semula, tapi tak boleh bila tiba-tiba teringatkan sesuatu. “Mak datuk! nenek kebayan.” Selebihnya tiada kata-kata yang boleh diingatnya lagi. Segala-galanya macam hantu! capai tuala, londeh baju tidur depan katil. Lari masuk bilik mandi. Lima minit aja, siap! buka almari, tarik apa-apa yang sepatutnya. Sarung aja. Janji pakaian sukan! “Mesti minah pekasam tu dah tunggu. Ya Allah! mujur Engkau cutikan aku. Kalau tak, memang Subuh gajahlah pagi ni.” Memang dia terbabas sebab malam tadi tidur lambat. Rasanya pukul dua pagi baru mata boleh tertutup. Tak tahu kenapa. Tak ada jawapan. Elok aja dia di luar rumah, tengah nak pakai kasut, Sony Ericsson menggigil. Suara tak ada! Haha. Silence mood rupanya! Patutpun tak ada lagu On the Floor seperti selalu! “Ello amoi.” “Apa amoi amoi!” Huh, garang aih suara Fish ketawa. Dia tak kisah kena marah dengan amoi lawa macam Jom. Bila-bila masa pun dia tak kisah. Jom kan buddynya? Mana boleh marah! “Sorry ah! saya tidur lambat malam tadi. Mimpi pelik.” “Awak memang! mimpi lah. Angau lah. Cepat! game dah nak start. Kalau awak sampai lewat dan penyertaan kita dibatalkan, siap!” “Apa yang siapnya?” Dah di atas skuter dia masih boleh menyoal. Sambil menunggu jawapan, dia menekan topi keledar comelnya yang penuh dengan gambar Cinderella dan Barbie dengan lebih kuat. Tak masuk pula. Oh! tocang di atas. Lupa pula. Tocang dilepas. Getah rambut disumbat ke dalam poket seluar. Seperti selalu, rambut yang tak bersikat itu dilipat dan disorok di dalam topi keledar. Akan ditutupnya dengan tudung muncung depan, seperti selalu. Siapapun tak akan nampak. Dia langsung tak terfikir mungkin akan ada seseorang yang akan ternampak rambutnya yang hanya akan ditutup bila topi keledar dikeluarkan daripada kepalanya. Orang itu mungkin akan pengsan tengok rambut yang jarang disikat. “Saya akan upah mana-maman pakcik Jaga cium awak sampai terkentut.” Dahsyatnya ugutan! Dia tak berani bersoal-jawab lagi. Janji pukul lapan, pukul lapanlah yang dituntut Jom. Kalau lambat, mau pak cik Jaga mencarinya. Nak cium! huhu. Tak sanggup! Akhirnya dia sampai juga. Sambil memandang bangunan besar yang tersergam depan mata, dia berfikir nak cari duit banyak-banyak. Nak beli tanah lot yang luas. Boleh buat rumah idaman. Banglo kah! atau hanya rumah biasa. Tak kisahlah! janji rumah. Besar macam bangunan ini. Hah! ini stadium tertutuplah sayang. Haha. Rumah ala-ala stadium. Okey apa! “Oit nenak!” Sergahan yang mematikan lamunannya. Asam boi betullah amoi ni. Nak berangan sekejap ajapun tak boleh. “Saya dah sampai pun! takkan mereka nak batalkan pula. Kita dah bayar duit penyertaan. Tak acilah. Kang saya lapur pak polis, baru tahu.” Amboi! dah datang lambat, ada hati nak repot kat polis! “Jom! bertekak dengan awak tak faedahnya pun. Sekejap lagi kita kena main. Round Robbin tau! awak jangan tak fit pula.” “Round Robbin? Gila betul mereka.” “Jangan kata saya tak brief awak pula! Ini peringkat daerah tau. Tak larat, minum hundred plus banyak-banyak.” Jom dah berjalan masuk. Sampai di pintu dewan gelanggang badminton, dia berpaling melihat Fish. “Tudung pakai! rambut macam rambut bini tarzan, ada hati tak mau tutup. “Itu aurat tau!” Walaupun dia bukan gadis Melayu berugama Islam, hukum hakam dia tahu apa! Ini Malaysia lah. Jangan pandang remeh tau. Mandi wajib pun dia tahu. Selalu amalkan pun. “Ops!” Tudung yang disimpan dalam beg raket badminton segera diambil. Kemas sikit. Siap! Topi keledar biru disangkut di lengan. “Tunggu saya amoi!” Dia berlari ke dalam dewan, mengejar Jom yang laju ke depan. Dari jauh dia mendengar pengumuman. Lagilah kalut. Macam kartun langkah kakinya. Jom lagilah laju. Macam belut masuk ke dalam dewan. Mak ai…. ramainya orang! Oh lupa pula. Peringkat daerah katakan. “Court ketiga, Jom Ai Chuan dan Arniza Ayub! Last call okey.” “Okey! okey!.” Terkedek-kedek dia berlari ke depan meja. Berdiri tegak di sebelah Jom, mengadap muka penganjur di meja pendaftaran. Seorang lelaki berwajah kacukan. Rupa Melayu campur Serani? Eh! macam rupa mamat Pakistan pun ada, tapi serius gila! lagi kecut perut Fish. “Ada! saya dan Jom Ai Chuan.” “Court nombor tiga okey!” Ops! dia berlari pula ke gelanggang. Terlupa nak diletaknya beg dan barang-barang lain. “Takkan nak letak dalam court beg awak? Ini! helmet dan jaket pun dalam court. Ya Allah, Engkau tanggalkan sifat kelam kabut yang ada di dalam diri kawan aku ini kepada yang berlawanan dengannya. Amin…” Tangan sapu ke muka. Fish tergelak. “Doa dah cantik! tunggu nak mengucap aja.” Jom turut sengih sambil memusing-musing raket di tangan. “Tunggu saya jumpa bakal suami. Yang nyata, dia mesti Melayu dan Islam.” “Wow…” “Cepat! letak beg awak. Game dah nak start.” Jom berbisik di tepi telinga Fish. Ops! Selepas itu, tiada lagi perbualan. Fish berlari ke tepi gelanggang. Buru-buru mencampak beg dan barang- barang lain di luar garisan. Harap-harap tak adalah sesiapa meraba ke dalam begnya. Ada macam-macam di dalam. Kebanyakkannya ialah barang-barang peribadi perempuam. Macam-macam jenis dan kegunaan mengikut waktu. Sambil berjalan masuk ke tengah-tengah gelanggang, menghampiri Jom yang sedang menunggu, dia perasan sepasang mata tajam sedang menghunus tajam ke wajahnya. Tepat sekali! Seperti biasa, dia buat bodoh. Ada dia kisah? Lelaki yang tadi duduk di meja pendaftaran berdiri di luar gelanggang, tengah-tengah antara Fish dan Jom di kirinya. Manakala lawan mereka, seorang tinggi lampai dan seorang lagi agak gempal menunggu perlawanan dimulakan. Mereka di sebelah sana. “Mamat tu jadi pengadil?” Fish tak senang hati. Muka yang serius dan tegang mengganggu emosinya. “Susahlah nak fokus kalau orang muda jadi pengadil. Apatah lagi kalau mamat tu!” “Ish..diamlah! Biarlah. Kita fokus kat game aja tau! jangan nak main mata pula. Kalau nak berkenalan, tunggu game habis. Make sure kita menang. Ada faham?” Jom berbisik lagi. Haiya, minah Siam ini. Suka cakap tepi telinga orang. Berdiri bulu roma bila nafas Jom menampar cuping telinga. Sampaikan Fish tergigil-gigil. “Jangan bisiklah. Saya geli. Tak tahan! rasa nak ke tandas.” Jom tertawa. Mengekek-ngekek. Fish mengangkat raket ke atas. Ketuk sekali di bahu Jom. Padan muka! “Perlawanan di antara kumpulan tak bernama tapi ada penyertaan, iaitu Jom Ai Chuan dan Arniza Ayub, menentang kumpulan Kasut Kami Lawa. Kasut Kami Lawa?” Ketawanya terlepas keluar. Punyalah geli hati sampaikan terpaksa menutup mulut. “Maaf ya.” Mulut ditutup rapat. Betulkan topi besbol di atas kepala. Dia bertenang semula. ‘Kumpulan Kasut Saya Lawa yang dianggotai oleh Mazanah Mat dan Azizah Majid!” Dia menunjuk ke kirinya, ke arah kumpulan Kasut Kami Lawa. Para penonton yang tadinya hanya memberi tumpuan kepada gelanggang pertama dan kedua mengubah tumpuan. Perlawanan di antara pemain-pemain perempuan tiba-tiba diberi perhatian. Ramai bersorak. Ramai juga yang masih ketawa. “Letak nama pelik! Mahu orang tak bagi tumpuan.” Fish dah mula membebel. Dia tak selesa diberi perhatian, walaupun dia tahu dia cantik dan patut dipandang lebih daripada sekali. Ini perlawanan okey! Huh, senak dah perutnya. “Relaxlah. Anggap tak ada orang tengok kita. Buat macam selalu. Seperti semasa kita berlatih tiap-tidap hari ahad.” “Itu lainlah!” Fish pula berbisik. “Girls! boleh kita mula? Haiya, leceh betul jadi pengadil untuk perempuan. Pa’an langsung tak seronok. Mesti lehernya lenguh sebab terpaksa mendongak melihat bulu tangkis. Tentunya macam tengok wayang yang dislow motion. Fish menjeling. Meluat tengok mamat poyo perasan lawa. Raket dipegang kemas. “Okey! boleh.” Jom menjawab. “Boleh pukul dulu. Tiga kali ya!” Mereka memukul. Kemudian, bulu tangkis diletak di atas net. Jatuh tergolek ke bawab. Bontot bulu tangkis mengadap ke arah lawan. “Arniza dan Jom akan memulakan servis.” Dia memanjat ke atas bangku tinggi. ”Awak pukul muka pengadil tu apa hal?” Jom mengesat peluh. Mineral water habis sebotol diminumnya.”Merah padam muka dia tau!” ”Saya tak sengaja tau! Tangan ni ha! saya pukul dalam court, tapi entah macam mana, terbabas ke muka dia.” padahal dia sebenarnya asyik terfikirkan muka mamat tu aja. Sesekali tengok, hensem! haha. “Main biar betul-betul. Fokus shuttle cock ke depan. Bukan ke muka orang!” Amboi mak ai, garangnya! Fish menjeling. Ada juga spesis lelaki garang macam mamat ni. Janganlah jadi balaknya nanti.