Monday, October 10, 2011

Dongeng siRaja tampan dengan Puteri gemuk


Di sebuah negeri entah berantah namanya, diperintah oleh seorang Raja yang muda belia.Baginda memiliki kesempurnaan yang selayaknya, sesuai sangat dengan kedudukan baginda.

Orangnya tampan, berkulit putih kemerahan. Rupa parasnya sempurna. Susuk badannya juga sempurna. Dada dan perutnya separas. Bahunya lebar. Tapak kakinya juga lebar.

Sayang sekali rakyat jelata kesemuanya gempal-gempal belaka. Kemakmuran kerajaan pimpinan Raja LaksaSuka menyebabkan rakyat baginda menghabiskan masa sehari-hari dengan memasak dan makan masakan mereka. Tiap-tiap hari ada pertandingan memasak. Rakyat jelata begitu gemar memasak makanan yang berlemak, berminyak dan dipenuhi dengan kolesterol. Sehingga naik pening Raja LaksaSuka. Baginda berfikir, mencari jalan bagaimana nak mengecilkan badan rakyat jelata dan juga para pemimpin. Semuanya dah berubah menjadi seperti belon.

“Fikir. Beta kena cari jalan. Beta kena panggil mesyuarat tergempar.” Baginda bersuara seorang diri di bilik peraduan. Sementelah baginda belumpun mempunyai permaisura. Makanya, suara baginda hanya didengari oleh katil dan segala benda yang ada di dalam bilik peraduan tersebut sahaja.

Wednesday, August 10, 2011

putus tunang...

normallah. adat tu. kalau tak serasi baik putusja. aklau diteruskan tapi hanya akan menyusahkan hidup di kedua-dua belah pihak baik jangan. bayangkan kalau dah kahwin, ada anak-anak. hutang dah mula banyak. buat loan itu ini. tup-tup bercerai. kawan aku sorang tu siap renovate rumah,hampir 100k juga. macam istana jadinya, tapi lepas bercerai terpaksa jual rumah tu. selain daripada marah, sure ada rasa tak aman lagi tinggal di situ. dia jual rumah tu dan beli rumah baru yang kecil ja. anak-anak dua orang gilir-gilir duduk dengan dia dan ex. itulah hidup.

Monday, April 11, 2011

sebelum tidur. erm,,

“Nenek kemudiannya menjodohkan mak dengan anak kawannya. Kata mak, ayah terpaksa menurut walau dia tak suka apa yang nenek buat. Mak meninggal dua tahun yang lepas. Dia ada penyakit lelah. Sebelum menghembus nafas terakhir mak sempat menasihati saya supaya teruskan hidup ini menjadi Muslim yang berjaya untuk dunia dan akhirat. Dia nak saya membina empayar perniagaan. Juga dipesannya supaya saya tidak lupa asal-usul saya. Separuh daripada pendapatan saya mesti disedekahkan kepada yang berhak. Cuma satu sahaja amanahnya yang masih tergantung.” Pa’an terus saja bercerita. Dia tak peduli biarpun dia tahu Emi dah macam kodok mabuk.

Saturday, March 26, 2011

cerita baru dari buku lama

Seperti selalu dia akan terjaga di tengah malam. Lubang hitam yang dalam di depan mata terus membunuh keinginannya untuk bahagia. Perasaannya begitu sayu. Hanya tangisan yang melegakan kesayuan itu. Rasa kosong yang dalam datang lalu mengiris hatinya.
Itulah mimpinya setiap malam. Dia akan bangun untuk minum segelas air suam. Kemudian kembali ke dalam bilik, menarik keluar laci meja soleknya. Sekeping gambar diambil. Dia akan duduk di atas kerusi sambil menatap gambar itu. Rindu yang dalam menikam-nikam hatinya. Dia menahan, melawan dan berusaha untuk terus membenci lelaki yang dipandang di dalam gambar itu. Namun, dia tahu jauh di dalam hati cinta pertamanya terlalu mahal untuk dibunuh.

-1-


Emi memerah otak, berusaha untuk meyakinkan Norina bahawa lelaki yang baru melintasi mereka tadi sememangnya kacak. “Serius! Memang kacak. Walaupun sekali imbas saya terpandangnya. Wajah yang manis. Lebih manis bila tulang pipinya kelihatan semasa dia membalas senyuman saya. Rahang bersegi. Ada sedikit kumis. Wajah seorang model!” Emi berhenti bersenam lalu berpaling memandang Norina di sisi. “Dia memandang awak tadi. Mata dia seperti ada magnet. Saya ingat lagi. Ya, dia melirik. Matanya jadi nakal. Kemudian dia terus saja pergi. Lepas tu berpaling lagi sekali.” Dia pelik bila Norina hanya diam, seperti terfikirkan sesuatu. Selalunya jika ada lelaki yang ingin mendekatinya atau ingin dikenalkan sesiapa Norina hanya akan mendengus. Setahu Emi hanya seorang lelaki yang rapat dengannya. Sayangnya, lelaki itu suami orang! Itu yang menjengkelkan Emi.
Senyap juga. Mujur Emi tak tahu Norina sedang berusaha mengawal diri daripada rasa terperanjat yang dahsyat. Tak mungkin pelanduk dua serupa. Hatinya dijolok pertanyaan.
Emi tidak mengalah. “Kita boleh mencari jalan kalau nak kenal dia.” Emi mencuit bahu Norina. “Saya tahu apa yang saya akan suka. Rasanya awak pun sama juga bukan?” Macamlah dengan senang-senang dia boleh memikat lelaki itu!
Norina mendengus perlahan. “Boleh tak buat sesuatu yang lebih baik selain daripada mengorat?”
Seperti biasa Emi tidak pernah berasa terkejut. Wajahnya menunjukkan dia benar-benar serius. “Ala, tengoklah sekejap. Itu ha, mamat yang sedang berjoging tu. Dia berlari mengeliling trek. Sudah dua pusingan. Saya pasti dia memiliki stamina yang sangat hebat.” Mata Emi macam anak panah yang sedang dilepaskan menuju ke busar. Tepat mengenai sasaran. “Saya patut ingatkan awak tentang dia awal-awal lagi” Bahasa Emi kedengaran lebih tertib pula. “Dia asyik memandang awak tadi. Itu pasal saya meracau.”
Norina seperti biasa, akan sentiasa berwaspada terhadap lelaki. “Awak yang patut menjaga kelakuan awak tu.” Matanya melirik kenderaan yang diletakkan berbaris-baris di tepi jalan dengan cat yang bermacam-macam. Langsung tak berminat untuk tahu dengan lebih lanjut mengenai topik Emi.
“Bahu dan lengannya berketul. Tinggi betul ketulnya”
Norina mengerling sinis. Kemudian, secara tiba-tiba dia ketawa berdecit. “Daripada bercakap tentang orang lain baik awak ke kedai buku.
“Awak jangan risau. Saya akan jaga kelakuan saya.” Balasnya. Macamlah mudah sangat dia nak melarikan pandangannya daripada melihat lelaki itu!
“Oh..” Itu saja komen pendek daripada Norina.
Emi ketawa berdecit sekali lagi Suka benar hatinya boleh menyakat Norina. “Saya suka kalau boleh satukan awak dengan mana-mana lelaki bujang yang sepadan dengan awak. Itu saja yang saya nak buat. Tahu awak tak berminat dengan mana-manalelaki. Tahu juga awak dah kecewa.
Norina mencebik bibir. Kedua belah keningnya terangkat ke atas. “Tahu tak apa. Terima kasih.”
Emi sedikit terkesan Dia tahu itu ayat degil Puteri, tapi dia tak akan mengalah, “bak kata pepatah; yang patah akan tumbuh. Yang hilang akan berganti. Lupakan kekasih lama. Kita cari kekasih baru.” Di fikiran orang yang tak pernah berasa sakitnya putus cinta semua ini kelihatan mudah saja.
Norina tersengih. Kelihatan agak sinis rupanya. Emi memang tak pernah kenal makna putus asa. Biarlah. Dia tak boleh memaksa Emi. Kalaulah Emi tahu apa di hatinya! Hrm, Dia mengeluh. Biar saja sengsara yang masih menjadi penghuni di hatinya kekal di situ. Emi tak perlu tahu. Dia teringat kesakitan yang melekat kuat di dalam diri apabila malam menginjak ke dinihari. Matanya yang tetap segar tetapi meninggalkan lebam hitam di bahagian bawah untuk bebepa hari kemudiannya.
“Saya nak tengok awak bahagia.” Balas Emi. Suaranya perlahan penuh waspada. “Awak tak kecil hati bukan?”
Norina menggeleng. “Awak?”
Emi memerah otak. Dia berusaha untuk tidak menyakitkan hati Norina. “Saya lain. Tak ada perasaan marah, dendam atau kecewa. Saya belum pernah bercinta.” Matanya melirik nakal, “tapi saya sedang mencari cinta.” Dia menunggu reaksi Norina.
Norina tersengih. Kemudian ketawa. “Awak ni…macam-macam.”
“Sudah nak cari lelakilah. Lelaki juga susah nak curi hati saya.”
Norina mengangguk. Dia menyapu muka. Kemudian tunduk melakukan senaman menyejukkan badan. Hujung jari telunjuk kanan menyentuh hujung kaki kiri. Dia bangun berdiri mendepani Emi selepas melakukan senaman yang sama untuk kaki kanan. “Saya akan okey walaupun tak ada lelaki di dalam hidup saya.“Saya tahu awak hanya ingin berbuat baik. Jangan risau.”
“Mak awak yang risau. Saya tak kisah sangat. Katanya kalau benar jodoh awak dengan….”Jarinya menunjuk-nunjuk ke badan Norina. Tiada jawapan daripada Norina. Emi memuncungkan mulutnya. “Siapa nama mamat tu?” Emi memicit dahi, cuba mengingat kembali nama lelaki yang disebut-sebut emak Norina, Puan Zaidah. “Siapa ya?”
“Tak apalah. Lupakan dia.” Norina meraba poket seluarnya, mencari kunci kereta. “Mamat itu di Australia. Belum balik ke mari rasanya.” Diapun tak nak peduli lagi.
Emi mengangguk. Dia agak kesal menerima jawapan begitu daripada Norina. Kalau nanti Puan Zaidah menelefon bertanyakan siapa lelaki yang kini menjadi teman lelaki Norian apa yang nak dijawabnya? “Saya akan buat apa yang termampu.” Dia teringat janjinya minggu lepas. Dia tahu Puan Zaidah gembira mendengar.
Norina menyambung larian setempatnya di atas trek yang rata di tepi padang golf itu. Manusia lain sibuk dengan hal sendiri. Ada yang sedang berlari di dalam taman yang dibina setahun yang lalu; mendaki bukit-bukit kecil di antara pokok-pokok rendang yang sedang berbunga. Yang lain-lainnya sedang berjoging di atas trek di belakang mereka berdua yang sedari tadi berlari di tempat yang sama. Pilihan Emi sebenarnya. Kata Emi, dia bosan berlari di antara mereka yang berpeluh.
Pelik! Namun itulah realitinya
Norina terus berlari sementara Emi asyik memandang ke tengah trek.
“Dah hilangpun dia.”
“Siapa?” Norina hampir tersedak. “Apek tua yang selalu melambai tangan itu kah?” Acuh tak acuh ja soalan Norina.
“Bukan. Dia yang tadilah.”Mata Emi melilau-lilau ke sana ke mari. Dia kecewa. Wajah Puan Zaidah terbayang. Pasti dia sedih kalau tahu Norina masih tak berubah. Hatinya mendesis.
“Apa hal?” Tanya Norina tiba-tiba. “Awak langsung tak berlari. Takkan dah dua puluh minit masih nak warming-up?” Dia keletihan. Selepas menarik nafas dia berjalan ke hadapan. Rancangan Emi nak satukannya dengan mana-mana lelaki bujang takkan berjaya. Dia yakin sangat-sangat. Pintu cintanya dah lari jauh. Pasti Emi dipujuk emaknya mencari teman lelaki baru untuknya. Dia mengeluh. Hidup semakin sukar bila usia bertambah. Tiba-tiba hal kahwin menjadi topik paling utama kepada emaknya padahal emaknya tahu dia sebenarnya dah serik dengan lelaki. Cukup-cukuplah!
Emi tak menjawab. Dia hanya tersengih, kemudian menurut langkah kaki Norina. Namun begitu, dia bergerak agak ke hadapan. Mungkin kalau mamat tadi muncul dia boleh buat sesuatu! Dia sangat berharap begitulah yang akan terjadi. Dia tahu Norina perasan perbuatannya tetapi dia tak peduli.
Mereka terus berjalan. Ramai pula orang hari ini. Norina bimbang dia akan terlanggar sesiapa. Dia lalu mengomel perlahan. “Saya perlukan cermin mata. Secepat mungkin.” Dia ada masalah rabun. Berkali-kali janji nak ke kedai tetapi tak pernahpun sempat.
Emi tergelak kecil. “Itulah pasal. Awak sudah menjadi orang kurang upaya sebab gagal menikmati sesuatu dan juga seseorang yang sepatutnya untuk dilihat. Yang indah, hebat, hm...mungkin gagah sebagai seorang suami.” Emi pula yang seakan-akan terdesak.
Norina tergelak sedikit. “Sehingga ke dunia kahwin awak melalut,” pintasnya. “patutnya awak yang kahwin,” pandangan matanya lalu menusuk ke dalam mata Emi yang hanya menggeleng..
“Okey!” Balas Emi. “Kalau nanti saya dah dapat mencari seorang lelaki yang sesuai untuk awak sepertimana kehendak mak awak saya akan cuba untuk saya sendiri pula.” Dia masih bertekad mencari lelaki tadi. Kakinya terus saja melangkah ke depan. Trek yang membulat mengelilingi padang golf takkan memisahkan mereka dengan mamat kacak itu. Dia nak sangat tahu apa reaksi Norina bila mereka bertembung sekejap lagi. Mungkin kawan baiknya akan buat-buat bodoh macam selalu? Hampir pula dia tergelak.
Norina ketawa spontan. “Bagus juga kalau macam tu. Kita boleh bersanding bersama-sama.” Yang pasti dia hanya ingin bergurau. Sesaat, dua saat kakinya tersangkut pula. Seseorang di hadapan benar-benar mengejutkannya. Dia cuba berfikir tetapi tersekat pula kotak memorinya. Dia cuba berpatah balik, tetapi dah terlambat bila Emi tersedarkan sesautu.
“Dah jumpa. Nak tegurlah.” Emi mencelah dengan nada suara yang diperlahankan. “Kalau dia senyum pun dah okey. Tak baik lepaskan peluang kalau terjumpa lelaki kacak begini. Muda kan hanya sekali.” Emi terus saja memegang lengan Norina dengan kejap. Mereka seperti berpeluk sesama sendiri sehingga seorang dua yang berlari melintasi mereka tersengih-sengih memandang.
“Malulah saya. Awak ni.” Dia ingin melepaskan lengannya daripada terus dipaut Emi tetapi anak dara ini macam nak berpaut terus saja.
Emi telah masuk ke dalam keadaan renjatan.
“Lepaslah. Ish awak ni.” Dia menekan suara agar Emi boleh faham kehendaknya.
Emi tahu Norina mula membentak. Seperti biasa dia akan minta diri untuk balik kalau ada sesiapa nak kenalkannya dengan mana-mana lelaki bujang.
"Tengku Izzah Norina. Bertahun saya mencari. Akhirnya kita berjumpa juga.” Walaupun seperti mustahil tetapi saat yang dinantinya tetap tiba. Warna meluat yang ditunjukkan Norina adalah bukti gadis ini memang tak pernah lupakannya.
Emi terlepas lengan Norina.
Lelaki yang menjadi topik di dalam fikiran dan perbualan mereka muncul di depan mata. Ajaib! Itu yang ada di fikiran Emi.
Norina cuba berlagak biasa. Dia berdiri diam sambil memeluk tubuh. Matanya terarah ke tengah padang golf. Hatinya tidak senang dengan pertemuan ini.
Emi pula yang terpinga-pinga.
“Kecil benar bumi Allah ini. Tak sangka kita akan bertemu lagi” Dia bergerak lebih rapat.
Norina seperti akan naik angin. Walaupun dia tahu lelaki ini semakin kacak tetapi kalau perangai tak elok wajah yang sempurna akan kelihatan seperti hantu.
“Tadi tak perasan awak ada di sini, tapi kawan awak yang cantik ini berjaya membuatkan saya terpandangkan awak.”
Emi tersengih lebar. Tidak disangkanya akan menerima pujian oleh lelaki kacak ini. Kembang betul hatinya.
Norina pura-pura berfikir untuk seketika. Kemudian memetik jari. Nampak sangat dia sedang menipu. “Sukalah awak jumpa saya?” Soalnya dengan nada tegas. “Buat pengetahuan awak saya biasa-biasa saja. Mak tentu suka.” Sambungnya lagi. Bibirnya sedikit mencebik. Matanya meliar ke sana ke mari. Sesungguhnya hanya Allah saja yang tahu betapa dia tidak sanggup berdepan dengan lelaki ini lagi. Angin cemburu dan benci datang bertimpa-timpa.
Anak muda itu tertawa kecil. “Saya tak nak kecewakan awak dan mak. Saya tak berniat apa-apa.” Kata-katanya mati di situ. Dia tahu penentangan yang tergambar melalui wajah Norina. Entah bagaimana dia nak menjernihkan keadaanpun tak tahulah.
Norina mendengus. Tak adakah kuasa sakti yang boleh menghilangkannya dari tempat ini? Dia pura-pura sibuk melipat lengan baju.
Emi tersenyum tetapi seketika kemudian dia turut mengerutkan dahinya apabila melihat riak wajah Norina yang masam saja. Agak lama dia memandang anak muda yang baru tadi difikirkan adalah prince charmingnya.
Awak bukan prince charming saya. Marah hatinya kerana anak muda itu membutakan tumpuan terhadapnya. Memujinya tetapi memberi perhatian kepada Norina. Mana aci? Hatinya membantah.
Norina mencebik bibir, kemudian menjarakkan sedikit dirinya daripada Emi. “Bila masa awak balik ke mari? Apa cerita Australia awak itu?” Keras sahaja bunyi suaranya.
Emi bertambah hairan.
“Dah habis belajar balik lah. Actually saya balik ke Malaysia tahun lepas lagi tapi tak sempat jumpa mak. Sibuk sikit. Dia sihat?” Lengan yang berulas memeluk tubuh. Norina takkan memberinya peluang. Ah...
“Dia okey.”
“Masih di rumah lama?”
“Ya..” Malas nak dilayan borak dia menjawab yang patut sahaja. Kalau melebih-lebih tak balik pula dia nanti. Mamat satu ini memang terlebih peramah. Dia bertekad tak akan berlama-lama di depan mamat ini. “Awak pergilah ke rumah. Ketuk pintu. Kemudia beri salam. Jumpalah dengan mak awak tu.” Malas betul dia nak bercerita lebih-lebih. Buat sakit hati saja!
Anak muda itu tergelak. “Okey! Saya akan cuba mencari masa yang sesuai dan akan ke sana. Rindulah. Teringin nak makan nasi kerabu macam dulu-dulu. Bila surat-surat saya tak dibalas saya sangka mak dah berpindah! Dah tahu dia masih di situ saya akan pergi lah. Nombor telefon?” Dia yakin Norina yang menjadi dalang kenapa surat-suratnya tidak dibalas tetapi disabarkan dirinya. Disedarinya di mana letak diri sendiri.
Norina berasa harapan itu bagai jarum halus mencucuk ke ulu hatinya. “Carilah di dalam Yellow pages. Jom!” Tanpa mengucap salam atau ucap selamat tinggal Norina menarik tangan Emi yang masih terpisat-pisat.
“Siapa si maco itu dengan awak? Macam laki-bini bercerai talak tiga saja!” Lancang benar mulut si Emi.
Norina selamba membalas, “musuh dalam selimut. Tak boleh dibuat kawan. Dia suka tikam belakang. Menyampah saya.” Sambil berjalan pantas tangan Emi terus diheret. Seakan-akan bimbang ‘anak beruang’ itu akan menarik kawan baiknya jauh dari sisi.
“Cemas betul! Apa halnya? Si maco itu dah pernah meliwat awak ke?” Emi menyoal bodoh. Perkataan tikam belakang membayangkannya perbuatan yang satu itu sahaja.
“Lebih dari itu. Nanti-nantilah saya cerita. Jom balik dulu.”
Emi turut cemas. “Nasib baik saya tak berkenalan dengan dia tadi. Awak tak buat laporan polis?”
“Tak. Tak boleh. Nanti mak marah.”
“Hah?” Emi semakin tidak faham.
“Apa pun jua saya juga yang akan disalahkan oleh emak. Jomlah masuk kereta lekas!” Dia mendesak Emi yang masih melilau-lilau mencari lelaki tadi. “Kang awak diculiknya pula.”
“Ya Allah. Takutnya.” Emi terus menunduk masuk ke dalam kereta Honda City Norina. Tidak diduga olehnya lelaki sebegitu kacak mengamalkan hidup seperti kaum nabi Luth. Seks songsang!
Norina mengetap bibir. “Padan muka dia.” Hatinya berasa puas.

Saturday, February 26, 2011

Cinta Berinti Kasih



Ini bukan kisahku. Meskipun ceritanya berlatarbelakangkan karangan hidup di hospital tetapi permasaalahannya bukan tentang kisahku seperti Andai aku bekisah tentang profesion itu kepalaku pasti akan biol sebab aku tak kenal dunia seorang Jurutera. Maka akan kosonglah ceritaku. Akan tawarlah kisahnya.

Kulukiskan watak hero dari kaum pribumi yang berjaya mengharung kesusahan untuk meniti tangga kejayaan. Kuilhamkan watak-watak sokongan tanpa merujuk kepada watak sesiapapun. ianya hanya lakaran ilham seorang penulis sepertiku. hanya itu.
Watak utama sigadis dan teman-teman kucubit sahaja daripada cebisan kenangan tika aku bergelar Pelatih Jururawat. Kesesuaikan watak-watak itu menurut dunia khayalanku. hanya itu sahaja. Okey kengkawan..sampai jumpa lagi...

Saturday, February 12, 2011

Cerita dari Turk

seperti biasa dia akan call dan bercerita kisah di Turk sana. Katanya walaupun awek2 di sana cantik2 belaka tetapi badan busuk.kenapa ya?padahal di sana ada empat musim yang tentunya ekstrim...huh

aku juga nak tahu kenapa tp dia kata sabar sekejap. yang nak dikatakannya ialah orang2 di sana mempunyai memori yang singkat. siapa tu? oh..pastinya mereka itu adalah eksekutif muda yang baru tamat belajar di universiti (ye la kot! dah namanya eksekutif) kalau hari ini mereka diberi tugasan maka tugasan itu perlu disiapkan segera.kalau tak akan tersangkutlah.kenapa? sebab dah lupa..... lerrrrr.

kenapa ya?
entahlah. mungkin sebab makanan yang diambil kot. Turkmenistan merupajkan sebuah negara kecil yang dulu di bawah jajahan Rusia. Baru ja merdeka negara ni. kalau nak dibandingkan dengan malaysia negara tu sekarang separas dengan negara kita di era 50-an.so fikir-fikirla. ada telefon canggihpun tak guna.

tapi aku suka bila kerajaan sana bijak. Disebabkan awek2 sana cantik(walau ada bau sikit)sesiapa dari luar Turk (maknanya bukan warga mereka) nak mengahwini anak2 gadis di sana maka orang tu kenalah bagi USD10000 kat imigresen.kalau keluar dari Turk tanpa wife maka burnlah duitnya tu..hehe. (patut kita buat gitu juga. So anak2 gadis kita xkan papa kedana kalau ditinggal suami warga luar)hehe

jawapan kepada badan berbau busuk = tak suka mandi.hehe

Friday, January 28, 2011

layan hati bodohla...

-5-

Tiba-tiba Danial hilang dan meninggalkan kabus kelam di hadapan mereka. Norina tersentak dari mimpi anih itu.
“Huh! Mimpikan anak beruang? Tak ada maknanya.” Sempat lagi dia merungut sambil menarik tuala yang disangkut di kepala kerusi di hujung katil. Laju langkahnya menuju ke dapur. “Mesti ada makanan sedap!” Ingatannya terhadap mimipi pelik terus hilang dari ingatan.
Matahari mula meninggi tetapi Puan Zaidah masih sibuk memasak. Katanya ada bekal untuk Norina yang akan balik sekejap lagi. Juga dia memasak lebih. “Untuk Emi.” Katanya perlahan. Disebabkan dia melahirkan anak yang malas memasak, jadi dia berfikir eloklah dibuat sambal ikan bilis goreng yang digoreng sehingga kering dan tahan bermingu-minggu jika disimpan di dalam peti ais. Sambal itu boleh dipanaskan dan boleh juga dimakan dengan roti.
Norina melurut rambul sambil mendiamkan dirinya di luar pintu dapur. Bibirnya menguntum bila matanya terpandang biskut conflakes bermadu di dalam beg plastik untuk bekalnya. Bimbang dileteri Puan Zaidah kerana bangun lambat dia berdingkit-dingkit ke bilik semula. Pintu bilik mandi ditolak perlahan. Setengah jam kemudian dia menolak pintu bilik. Beg pakaian yang muat dua tiga helai pakaian dan barang mekap di bimbit lalu diletak di luar pintu bilik. Selepas menutup pintu bilik dia menapak semula ke dapur.
Mangkuk tingkat dan bekas makanan di atas meja dapur sudah siap diisi dengan makanan. Norina tersengih. Sambil menutup tudung Puan Zaidah merungut. “Entah kenapa telefon tak berbunyi pula. Selalunya di waktu-waktu begini makcik Minah kamu akan menelefon. Tanyakan mak nak pesan apa-apa. Dia akan ke pasar sekejap lagi.” Sambil itu Puan Zaidah menjeling jam dinding di atas kepalanya.
Norina yang sedang menarik zip beg pakaian terkasima. Kata-kata emaknya bagaikan bom berangkai yang diletak di dalam lubang telinga. Pantas matanya melirik ke arah meja telefon. Dia berdiri dan bergerak sepantas yang boleh untuk membetulkan ‘kerosakan’ talian telefon itu tetapi belum sempat tangannya mencapai gagang telefon Puan Zaidah terpacul di belakangnya.
“Telefon ini rosak agaknya!” Puan Zaidah memandang sekilas ke wajah Norina. Tanpa menyedari Norina mencabut kabel dia berjalan ke pintu depan. “Harap-harap dia akan berhenti sekejap. Kalau tak terpaksa lah mak tunggu esok pula.” Matanya melilau ke arah jalanraya di hadapan rumah.
Terdetik rasa kasihan di hati Norina kerana ‘mematikan’ panggilan telefon itu. Maknya jarang keluar dari rumah kalau tidak ada hal yang benar-benar mustahak.
“Cuba kamu tengok kabel di belakang. Mana tahu kalau-kalau longgar pula.” Usul Puan Zaidah tanpa berpaling memandang Norina.
“Dah siap!” Balas Norina. Sebetulnya dia sedang menyumbat kepala penyambung itu ke tempatnya sewaktu menerima arahan daripada Puan Zaidah. Gelihatinya dengan diri sendiri.
Sebaik kabel disambung telefon berdering tiba-tiba.
Puan Zaidah berkejar ke meja telefon.
Terdetik di hati Norina untuk tidak menghiraukan panggilan itu, tetapi memandangkan Puan Zaidah sedang menunggu panggilan dia terpaksa mengangkat gagang itu. Tidak dijawabnya sebaliknya dia menghulur kepada Puan Zaidah yang berdiri terpacak di sebelahnya.
Puan Zaidah segera menyambut. “Assalamualaikum. Timah ya? Telefon ni buat hal. Akak nak ikan kerisi la pula. Kalau ada daging awak ambilkan setengah kilo.” Terus sahaja dia bercerita. Seketika kemudian dia terdiam sebaik sahaja telinganya menangkap suara lelaki di sebelah sana. “Siapa pula ini?” Tanyanya; berkerut dahinya.
Norina diam menyandar di dinding ruang tamu bercat hijau muda itu. Nak juga dia tahu dengan siapa maknya bercakap. Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang. “Anak beruang?” Tanyanya pantas. Dia ingin merampas gagang telefon itu tetapi bila melihat emaknya begitu galak bercerita hajatnya dimatikan. Perasaan cemburunya melonjak-lonjak keluar. Tahu sangat dia siapa yang berborak dengan emaknya. Dia yakin manusia itu ialah anak beruang. Bibirnya diketap geram. “Aku benci” Katanya perlahan kepada diri. Dia berpaling bila emak memanggilnya;
“Nah.” Gagang telefon dihulur dan Norina terpaksa menyambut dengan berat hati.
Sambil itu dia memandang wajah Puan Zaidah yang bercahaya bagai bulan purnama. Dia tahu inilah panggilan yang paling ditunggu-tunggu oleh perempuan yang akan berumur empat puluh tiga tahun pada bulan Jun tahun ini. Selepas melawan getar di dalam diri dia menghulur gagang telefon itu kembali. Digagahi dirinya untuk bersuara. “Tak nak lah mak. Mak borak lah. Orang ada kerja.” Langkah kakinya dilajukan ke bilik. Perasaan cemburu yang bercampur geram dan marah dikawal sedaya upaya. Biar tak sesiapa pun tahu gelodak hatinya. Biar hanya dia yang menanggungnya sendiri.

Sunday, January 23, 2011

Salah sangka cintanya...

-5-

Tiba-tiba Danial hilang dan meninggalkan kabus kelam di hadapan mereka. Norina tersentak dari mimpi anih itu.
“Huh! Mimpikan anak beruang? Tak ada maknanya.” Sempat lagi dia merungut sambil menarik tuala yang disangkut di kepala kerusi di hujung katil. Laju langkahnya menuju ke dapur. “Mesti ada makanan sedap!” Ingatannya terhadap mimipi pelik terus hilang dari ingatan.
Matahari mula meninggi tetapi Puan Zaidah masih sibuk memasak. Katanya ada bekal untuk Norina yang akan balik sekejap lagi. Juga dia memasak lebih. “Untuk Emi.” Katanya perlahan. Disebabkan dia melahirkan anak yang malas memasak, jadi dia berfikir eloklah dibuat sambal ikan bilis goreng yang digoreng sehingga kering dan tahan bermingu-minggu jika disimpan di dalam peti ais. Sambal itu boleh dipanaskan dan boleh juga dimakan dengan roti.
Norina melurut rambul sambil mendiamkan dirinya di luar pintu dapur. Bibirnya menguntum bila matanya terpandang biskut conflakes bermadu di dalam beg plastik untuk bekalnya. Bimbang dileteri Puan Zaidah kerana bangun lambat dia berdingkit-dingkit ke bilik semula. Pintu bilik mandi ditolak perlahan. Setengah jam kemudian dia menolak pintu bilik. Beg pakaian yang muat dua tiga helai pakaian dan barang mekap di bimbit lalu diletak di luar pintu bilik. Selepas menutup pintu bilik dia menapak semula ke dapur.
Mangkuk tingkat dan bekas makanan di atas meja dapur sudah siap diisi dengan makanan. Norina tersengih. Sambil menutup tudung Puan Zaidah merungut. “Entah kenapa telefon tak berbunyi pula. Selalunya di waktu-waktu begini makcik Minah kamu akan menelefon. Tanyakan mak nak pesan apa-apa. Dia akan ke pasar sekejap lagi.” Sambil itu Puan Zaidah menjeling jam dinding di atas kepalanya.
Norina yang sedang menarik zip beg pakaian terkasima. Kata-kata emaknya bagaikan bom berangkai yang diletak di dalam lubang telinga. Pantas matanya melirik ke arah meja telefon. Dia berdiri dan bergerak sepantas yang boleh untuk membetulkan ‘kerosakan’ talian telefon itu tetapi belum sempat tangannya mencapai gagang telefon Puan Zaidah terpacul di belakangnya.
“Telefon ini rosak agaknya!” Puan Zaidah memandang sekilas ke wajah Norina. Tanpa menyedari Norina mencabut kabel dia berjalan ke pintu depan. “Harap-harap dia akan berhenti sekejap. Kalau tak terpaksa lah mak tunggu esok pula.” Matanya melilau ke arah jalanraya di hadapan rumah.
Terdetik rasa kasihan di hati Norina kerana ‘mematikan’ panggilan telefon itu. Maknya jarang keluar dari rumah kalau tidak ada hal yang benar-benar mustahak.
“Cuba kamu tengok kabel di belakang. Mana tahu kalau-kalau longgar pula.” Usul Puan Zaidah tanpa berpaling memandang Norina.
“Dah siap!” Balas Norina. Sebetulnya dia sedang menyumbat kepala penyambung itu ke tempatnya sewaktu menerima arahan daripada Puan Zaidah. Gelihatinya dengan diri sendiri.
Sebaik kabel disambung telefon berdering tiba-tiba.
Puan Zaidah berkejar ke meja telefon.
Terdetik di hati Norina untuk tidak menghiraukan panggilan itu, tetapi memandangkan Puan Zaidah sedang menunggu panggilan dia terpaksa mengangkat gagang itu. Tidak dijawabnya sebaliknya dia menghulur kepada Puan Zaidah yang berdiri terpacak di sebelahnya.
Puan Zaidah segera menyambut. “Assalamualaikum. Timah ya? Telefon ni buat hal. Akak nak ikan kerisi la pula. Kalau ada daging awak ambilkan setengah kilo.” Terus sahaja dia bercerita. Seketika kemudian dia terdiam sebaik sahaja telinganya menangkap suara lelaki di sebelah sana. “Siapa pula ini?” Tanyanya; berkerut dahinya.
Norina diam menyandar di dinding ruang tamu bercat hijau muda itu. Nak juga dia tahu dengan siapa maknya bercakap. Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang. “Anak beruang?” Tanyanya pantas. Dia ingin merampas gagang telefon itu tetapi bila melihat emaknya begitu galak bercerita hajatnya dimatikan. Perasaan cemburunya melonjak-lonjak keluar. Tahu sangat dia siapa yang berborak dengan emaknya. Dia yakin manusia itu ialah anak beruang. Bibirnya diketap geram. “Aku benci” Katanya perlahan kepada diri. Dia berpaling bila emak memanggilnya;
“Nah.” Gagang telefon dihulur dan Norina terpaksa menyambut dengan berat hati.
Sambil itu dia memandang wajah Puan Zaidah yang bercahaya bagai bulan purnama. Dia tahu inilah panggilan yang paling ditunggu-tunggu oleh perempuan yang akan berumur empat puluh tiga tahun pada bulan Jun tahun ini. Selepas melawan getar di dalam diri dia menghulur gagang telefon itu kembali. Digagahi dirinya untuk bersuara. “Tak nak lah mak. Mak borak lah. Orang ada kerja.” Langkah kakinya dilajukan ke bilik. Perasaan cemburu yang bercampur geram dan marah dikawal sedaya upaya. Biar tak sesiapa pun tahu gelodak hatinya. Biar hanya dia yang menanggungnya sendiri.

Sunday, January 16, 2011

Gila betul

-4-


“Apa pasal?” Emi menempelak Norina secara terang-terangan. “Perangai awak macam perempuan baru lepas beranak sulung tau!” Komen Emi lagi. “Salam tidak apa tidak terus memanggil saya anak beruang. Awak mengigau ke apa? Teringat mamat tikam belakang itukah” Serius Emi menyoal. Sakit betul hatinya kerana dipanggil dengan nama anak beruang. Bibirnya diketap.
Norina mengurut dada. “Ingatkan anak beruang mencari mak angkatnya! Rupa-rupanya si ikan buntal.” Ketawanya bertali-tali sambil matanya memandang Puan Zaidah yang melintasinya. Tajam benar jelingan itu. Mungkin emaknya marah! Dia tidak pasti. Apa yang diutamakan ialah kepuasan hatinya. Dia juga tahu tidak ada emak yang akan suka dengan sikap anak-anak sepertinya yang suka memberi gelaran yang bukan-bukan kepada sesiapa sahaja yang diingininya.
“Mulut! Tak ada insuran lah awak ini tau. Saya saman kang!” Emi meninggikan suara. “Jangan main-main dengan anak beruang tau. Baik awak jarakkkan diri sejauh yang boleh.” Emi memberi nasihat mengikut kefahamannya.
Norina ketawa suka. Padan muka anak beruang kerana Emi sudah mula menyimpan syak wasangka. Dia langsung tidak terasa hati dengan sikap Emi terhadapnya. Hatinya benar-benar girang kerana anak beruang tidak menelefon. Dia ingin melakukan sesuatu yang menyukakan hatinya. “Jom ke butik. Awak tunggu saya balik. Kita beli blaus baru. Nak?”
Emi merasa sangat girang. “Okey. Duit plastik awak masih boleh dipakai? Jangan-jangan RM di dalamnya dah habis.” Emi meninggikan suaranya. “Mana lah tahu kita beli barang tapi bila giliran untuk membuat bayaran kad kena tendang. Malu beb.” Sambung Emi lagi. Dia memang gusar kalau membeli-belah menggunakan kredit kad.
“Hai! Lebih sudu dari kuah nampak! Siapa belanja siapa hah? Untung awak dapat kawan yang baik hati tahu!” Norina membalas. Seingatnya baki di kadnya masih ada RM Dua Ribu Lagi. Entah betul entahkan tidak dia kurang pasti pula.
“Marah nampak!” Suka benar Emi kalau Norina mula beremosi. “Siapa marah kena jual.” Suara ketawanya bertali-tali di dalam talian.
“Sendiri mau ingat…” Sambung Norina. Kerap-kali ayat keramat itu yang akan diingatkan Emi kepadanya. “Silap hari awak yang saya jual.” Norina memulang paku buah keras. Dunianya hilang bila berborak dengan Emi. Mereka akan bercakap tentang apa saja; kecuali tiga perkara iaitu cerita peperangan. Ataupun tentang politik. Juga tentang bola. “Malas ambil tahu hal-hal remeh-temeh begitu. Itu dunia lelaki. Kasar! Dunia kita yang cantik-cantik. Yang menarik dan wangi.” Emi memberi ulasan. Tak disedarinya politik dan peperangan boleh merubah dunia. Harga minyak akan naik. Barang makanan akan menjadi mahal. Hidup juga tidak akan aman lagi.
“Gembiranya boleh membeli-belah. Hm...tak sabar saya.” Rasa suka terluah dengan pantas. Emi sememangnya seorang gadis yang sukar mengawal emosi.
Kepala Norina lalu terangguk-angguk kesukaan. “Abang kita banyak bagi duit. Kalau kad sudah kosong kita guna duit betullah. Taklah kita terasa malu kalau betul kad itu dah pokai. hehe”Usul Norina dengan rasa bangga.
“Tahu tak apa.” Emi mengomel tiba-tiba." Lelaki budiman itu mungkin akan meminang awak. Entah-entah hati awak sudahpun mencair. Macam agar-agar yang dimasak.”
“Biarlah!”Norina membalas dengan pantas. Memang banyak dah ayat manis yang ditabur dan saya dah ambil semuanya yang bertaburan itu.” Suka pula dia. “Hati saya dah lama pun macam agar-agar. Kalau awak nak tengok nanti saya akan tunjukkan. Dah cair macam cecair. Kena cedok kalau nak bawa keluar.” Hidung mancungnya digenyeh berkali-kali; tanda jawapannya memang ada kelas! Tiba-tiba dia ingin melakukan sesuatu yang drastik dan mungkin akan mengubah terus perjalanan hidupnya.
Emi pula yang terasa. “Sorry lah kalau awak terasa. Saya cuma nak ingatkan supaya supaya jangan lagi mencairkan hati untuk dia. Ramai lagi di Malaysia ini anak raja kaya yang masih bujang yang padan dengan awak. Ada Rajagopal, Rajalinggam, Raja yang betulnya pun masih ada.” Emi lalu tertawa girang. “Saya ikhlas what! Sebagai sahabat saya nak yang terbaik daripada yang baik-baik untuk awak. Amin..” Emi mengendurkan suaranya. Sedar hati Nirina rapuh bagaikan kaca malah cukup tahu berbalah bukan cara terbaik untuk mengingatkan Norina akan sikap pengikisnya yang mungkin akan memerangkap dirinya sendiri. Dia tahu Norina dimanjakan secara berlebihan oleh Puan Zaidah dan lelaki itu lalu mungkin itulah yang menyebabkan anak gadis ini menjadi begitu degil. “Saya kasihankan awak kalau benar mamat itu nak jadikan awak isterinya. Saya takut awak akan dibuli oleh isteri pertamanya. Dengar cerita mereka orang berpengaruh. Nanti awak dijadikan babunya pula.” Panjang cerita Emi menyuarakan pendapatnya. Seperti selalu jika berkesempatan.
“Tunggu saya balik. Saya bawa awak pergi shopping. Kita pergi beli baju baru.” Norina tidak mengendahkan komen Emi sebaliknya fikirannya menerawang mencari-cari baju apakah yang menarik untuk dibeli nanti.
Emi tersengih mendengar. Walaupun hatinya risau tetapi dia tidak dapat menolak hakikat keseronokan jika dapat membeli barang kesukaan tanpa perlu mengeluarkan duit sendiri.
Selepas puas berborak Norina teingatkan misinya. Lalu meneruskan operasi rahsianya; mencabut kabel di belakang gagang telefon. Puas hatinya dapat berbuat begitu. Dia melompat ke atas katil lalu menggulungkan dirinya di bawah selimut.