Monday, December 27, 2010

Kuingin hidup seribu tahun lagi

Di mana?
Di tempat yang indah
akan kususuri jalan di dunia
akanku meniti pelangi.

ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
tak mungkin
sebab tidak ada kehidupan yang kekal di dunia ini

Sunday, December 26, 2010

Rindu

aku sedang sibuk mengedit manuskrip terbaru yang boleh dikatakan sudah siap. Cuma perlu di tokok- tambah dimana perlu.tapi apa jua, hampir 500 pages juga aku perlu menyemaknya.

Ditambah situasi sebegini. aku rindukan suamiku. Celcom ataupun maxis tiba-tiba diputuskan pihak berkuasa Turk. Oh! Walaupun aku risau tetapi aku tak berdaya melakukan apapun. Hanya berdoa dan mengharapkan Allah melindunginya. Sabar saja yang ada di dalam diri. Moga suamiku tahu hatiku,perasaanku dan jua harapanku. Aku harap kami boleh bersama semula. Seperti dulu.

Monday, December 20, 2010

Setahun sudah aku hidup di tahun Hijrah yang lalu. apa sumbanganku untuk hidup di dunia yang singkat ini? Di mana Imanku terhadap Allah? Sudah cukup banyakkah pengorbananku dan ketaatanku kepada Pencipta dan suamiku? Kadang ketika aku dengan sengaja menyakiti hati orang-orang yang rapat denganku. lalu terdetik di hati akan kesabaran yang masih kurang. Terlalu kurang.

Terkadang aku menjerit-jerit marahkan Puteri. Kasihan anak lincah yang kadang-kadang agak nakal itu. Dia lembut hati walaupun kadang-kadang agak terlampau di dalam menunjukkan emosinya. Ah,aku perlu lebih istigharah dengan diri sendiri.

Anak sulungku yang bijak tidak perlu kutunjukkan emosi terhadapnya. dia sudah mulai menunjukkan kematangan. Sebagai seorang ibu aku harus bijak menjadi teman meleraikan kekusutan jika dia menginginkannya. Hanya itu.

Untuk orangtuaku, sesungguhnya kadang-kadang aku juga beremosi. Seperti kebiasaannya suamiku akan kulepas rasa sesak. Dia akan memujuk jiwaku, meneyejukkan hatiku dengan kata-kata semangan dan nasihat yang kuterima dengan senang hati. Sesungguhnya, walaupun dia jauh beribu-ribu batu namun dia melekat kuat di hati dan jiwa.Aku sayang suamiku

Wednesday, September 1, 2010

Kata kawanku dia geram bila dimarahi Jururawat di bilik bersalin. " Hah! Kenapa dia marah?" aku jadi pelik.

Friday, July 30, 2010

Kubuka bicara menutup rindu yang mula terasa
Kukunci retak perpisahan yang kian membara
Kucuba menelan pilu yang menggila dijiwa
Lalu kutanam pasrah… menerima… segalanya (memandang jauh ke depan)

Seperti baru semalam kita bersua, berkenalan, bermesra,
Kuingati tika dia menegur sebarang alpa
Itu… adalah teguran seorang bapa
Tiba-tiba hari ini merentap kemesraan yang sudah menepu dijiwa
Dia tidak akan berlama-lama
Hari ini menanam yakin dia akan pergi pada masa yang akan tiba
Dia tidak akan lagi bersama-sama berceloteh membina cerita
tentang harga baja
Juga tentang golf di mana ada
Semuanya
Tidak akan ada apa-apa lagi yang akan kita bina bersamanya
Seorang bapa yang menerima kita seadanya kita

Mengertilah aku kini
Apa yang dibinanya di sini
Hanya setakat ini
Sesekali dia seakan membeku diri
Berdiam diri di taman ar_Raudhah yang sesekali begitu sunyi
Mungkin berfikir akan sesuatu yang belum diberi
atau… (menggeleng berkali-kali)
Adakah ada sesuatu yang tersirat di hati?

Namun telah kupujuk jangan ada sebarang rasa
Kerana di sana ada jejak yang bermula sekian lama
nun di bangunan kayangan sana
dan juga
Geruhnya sudah tertanam di bangunan Mahawangsa
Penjenamaan Agrenas memberi debar penuh bahagia
Seperti apa yang dirasainya tika PEC Club berjaya dibina

Hari ini bagai bercerita
Apa dirasa
Apa didamba
Adakah ada lagi esok yang ceria?
Untuknya!
Untuk kita!
ALLAH tahu apa terbaik untuk semua
Izinkan dia berlalu tanpa nista
tanpa curiga
Salam Sayonara….

Ami Amilia

Saturday, June 19, 2010

sambungan rindu....

“Anak Raja. Hm…” Dia menggosok-gosok pintu bilik. Hatinya bercahaya dengan harapan. Di matanya terbayang Prince Arthur yang tampan dan gagah perkasa. Puteri lalu membelai wajah sendiri. “Sayang dia bukan Putera aku..” Pintu bilik ditolak pantas. Fantasi dan realiti tidak mungkin akan bersatu.

Sunday, May 23, 2010

Rindukan hutang...

Hidup kalau bertunjangkan hutang akan membawa padah. Hutang credit card kalau tak bayar kena masuk court. kemudian nama di black list. Hutang sedara kalau tak bayar alamatnya hilang sedara. Kalau hutang kawan-kawan ila diminta bayar tetapi tak bayar juga akan dipulau la jawabnya.

Oho...bahaya akibat hutang. Bagiku apa yang penting ialah ala kadar. Hidup biar bersederhana. Cukup la apa yang ada. Nak hutang kuga boleh tapi setakat mampu bayar la

Saturday, May 1, 2010

Mata mu sekilas menelusuri cahaya, suci, liar menodai jiwa , lembut mencairkan hati, Tatkala mata itu melirik, ku tafsirkan seribu bahasa, Nyata jelas terungkap di hati tiada terungkai, ku ibarat menjadi alpa kehilangan arah,...
“ Oi. Berangan ka?” Ija menepuk belakangnya.
“ Oi..” Shima membalas kembali, separuh melatah. “ Ish awak ni! Tak menyakat tak sah la. Saya baru nak berangan. Dah habis idea cantik di dalam sini.” Lalu ditunjukkan hujung jari telunjuk tangan kiri ke kepala. Sambil itu matanya melirik melihat gaya Ija. Pakaian kerjanya kemas bergosok. Putih berseri. Seperti wajahnya juga. Hatinya riang terasa. Wangian yang dipakai Ija mengharumkan seisi wad. “ Cuma yang ini ciplak. Saya dapat dari facebook. Dari seorang kawan yang kini hanyut dari hidup saya. Hilangnya entah ke mana.”
“ Kawan facebook? Lupakan saja. Kerja macam kita ini tak perlu nak berangan tau! Kerja kita gunakan skill.” Komen Ija. Beg galasnya yang boleh diisi segala macam benda itu diletak di dalam laci kaunter. “ Kerja kita layan pesakit yang sedang menderita. Bagi ubat, mandikan mereka. Tukar cadar. Kadang-kadang kena basuh berak kencing orang. Bukan berangan di kaunter macam awak ni.” Sambil memberi komen Ija tergelak-gelak. “ Betul tak cakap saya?”

Monday, April 19, 2010

tinta hari;19 April 2010

Lama aku tak singgah di halaman ini. Bukan benci atau tak suka tetapi rasa malas nak merayau-rayau di daerah lama sering menguak rasa di hati. apatah lagi aku sudah memiliki ladang dan rumah kecil yang sering dikunjungi teman-teman kesayangan.

Kadang-kadang hati jadi resah. Jiwa terasa kacau bilau. macam ombak yang bergulung pun ada. Kepala macam nak jatuh dari atas badan. Kenapa entah.

Buah hati yang seorang masih di Serdang. Tak lama lagi dia akan balik. Ah..sukanya. Buah hati yang seorang lagi hanya sudi mengunjungiku di hujung minggunya yang terluang. tak apalah, aku pun sibuk juga.

Jantung hatiku yang satu lagi jauh di hujung alam. Balik ke mari sekali-sekala sahaja. Apapun aku okey ja. Tak kisah. masing-masing ada hidup sendiri. Kalau Allah izinkan satu hari akan bersatu juga di perdu hari. Bila ya? Entah lah.

Monday, February 22, 2010

Manap....

Terkilan benar hatinya. Selepas bertunang Manap merindui orang lain. Kasih Manap terhadapnya cair begitu sahaja. Seolah-olah mereka tak pernah bertemu.Kenapa begini jadinya? Aduh Manap

Monday, February 8, 2010

Aku rindu....

Manap terlalu jauh melangkah. Katanya di sana salji sudah memutih. Sejuknya seakan melukakan kulit muka. Kata Manap lagi dia tidur di dalam kabin. BIliknya cantik. Future home...Hah?

Puteri lalu tertanya-tanya; di manakah Manapnya? Adakah dia di tengah laut? Mungkin...

Atau dia sedang bersiar-siar di Pekan asing? Entah lah. Tak siapa tahu. Yang pasti hati Puteri diguris oleh rasa rindu. Manap....pulanglah.

Monday, February 1, 2010

Rindukan Kepercayaan

Percayalah, dalam satu perhubungan kepercayaan adalah penting. Seandainya hanya satu pihak yakin dan percaya tetapi sebaliknya bagi satu pihak di sana makan kegagalan adalah jawapannya.
Puteri sentiasa meletakkan jalan hidupnya dilandasan yang betul. Dia menyerahkan hari ini dan apa jua yang akan tiba kepada ketentuan Allah. Semoga Manap percaya akan ketulusan hatinya

Monday, January 25, 2010

Seorang sahabat

Seorang sahabat bukan untuk dikhianati amanahnya. Seorang sahabat bukan untuk dibuang jasanya. Bukan! Seorang sahabat gunanya untuk ketawa bersama di waktu gembira dan menangis bersama dikala berduka.

Jangan sesekali dikhianti. Jangan!

Itu janji Manap. Tengku Ismadi adalah sahabatnya; Dunia dan Akhirat. Tidak akan sesekali dia mengkhianati persahabatan mereka hanya kerana seorang perempuan. Tidak!

Friday, January 22, 2010

Rindu seorang Manap

Mesej pertama daripada Manap; kenapalah dia tak ada di sini?
Mesej kedua pula berkata begini; aku perlukan dia di saat-saat genting begini...
Hati Puteri lalu gundah. Mesej yang terhad dan sukar dimengerti maksudnya. Mungkinkah Manap terjatuh dari pokok petai? Atau dia dikejar anak harimau lalu terjatuh ke dalam kandang ikan yu? Puteri gelisah sendiri. Mesejnya masih belum diterima Manap. Sebab biasa; no coverage. Aduh!

Thursday, January 21, 2010

Rindu yang abadi...

Biarpun Manap hanyalah seorang pemuda miskin yang mencari rezeki di hutan tetapi hatinya ikhlas. Sayangnya untuk Puteri bukan dusta. Ianya adalah kebenaran yang hakiki, dan Puteri memakluminya. Lalu kasih di antara mereka terjalin penuh kudus.

Sunday, January 17, 2010

Manap oh Manap

check sms.tak ada. try send message tapi tak ada coverage. di hutan belantara manalah dia berada sekarang. Jangan berkawan dengan orang utan sudah la. lupa awek di bandar

Hari ini dia rindukan Manap

Erti kasih yang terpahat di hatinya tidak mungkin terungkai hanya dengan perkataan yang dilafazkan;entah jujur entahkan tidak. Ianya adalah pengorbanan. Juga bebanan menanggung rindu yang terlalu dalam. lalu atas dasar setia dia rela menanti sehingga detik-detik penyatuan itu kembali lagi. Manap telah pergi membawa perasaan yang bergetar disetiap saat, minit dan jam.
Kata Manap;" Tuhan tahu isi hatiku."
Airmata Puteri menitis tanpa sedar. Tak sangka dia akan menjadi Minah Jiwang...

Friday, January 15, 2010

Ini betul Rindu..

Saat matanya kutatap hati pun bergetar. Saat-saat memedihkan itu akan tiba jua. Aku akan kembali menatap langit yang kosong. Awan yang bisu. Jua laut yang kelam.

Pujuklah hati agar jangan merindu. memangpun dia akan pergi tetapi tiba waktunya dia akan kembali jua. Bunga-bunga bahagia akan berulang lagi.

Selamat Jalan Sayang. Moga dikau bahagia di sana.

Thursday, January 14, 2010

Bukan bicara Rindu

Katanya dia bosan diberi perhatian. Dia terasa seolah-olah dinilai orang sebagai seorang selebriti hebat. E....! Perasan kah seorang lelaki itu? Sememangnya setiap individu ada hak membuat andaian dan jua tafsiran tetapi hak kita juga untuk mengiyakan atau menidakkan. Bukankah hidup kita adalah hak kita?
Huh! Teruskan berjuang. Biar dari suku kaum manapun kita hakikatnya kita adalah manusia. Hanya Hamba kepada PENCIPTA kita.

Fitrah hidup begitu begini....

Wednesday, January 13, 2010

Rindukan Shafiq...

Ah! nakalnya dia; memikatku dengan kata-katanya yang dipenuhi pelbagai helah. Sehingga aku hampir-hampir lemas bersama itik-itikku.

Katanya dia belum berpunya. Tak sesiapa sudi menjadi tetamu di hatinya. Ah kasihan... aku lalu menyarankan dia ke zoo. Mungkin ada sesuatu di sana untuknya. Iya... dan dia ketawa kegembiraan. Aku pun merasa gembira kerana berjaya menggembirakannya walaupun mungkin bagi orang lain saranan ini tidak masuk di akal. Pedulikanlah...asal Syafiq bahagia.

Monday, January 11, 2010

rindu sesuap nasi

Untuk hidup dia perlukan makanan. Biarpun hanya sesuap nasi. Biarpun hanya berulamkan air kosong tidak berperisa. Cukuplah. Janji hidup boleh diteruskan....inilah harga sebuah kesusahan dan dia menjadi matang oleh kehidupan yang sebegitu.

Saturday, January 9, 2010

Rindu pasti hadir...

Dia tersengih lagi. Cerita anak orang asli menyukainya hilang bagaikan bayu pagi. Langsung tidak terkesan di jiwa.
“ Anak raja? Hm…” Dia menggosok-gosok pintu bilik. Hatinya bercahaya dengan harapan.

Rindu lagi..

Kutahu hatiku. kau tahu hatimu? Aku bukanlah si punggok yang dungu. jua bukan musang berbulu ayam. Aku ingin menjadi bayu;mampu melembutkan hati yang panas. Tidakkah kau tahu sayang? Ah..rindu pun datang tanpa rasa malu, memujuk hati yang sudah jemu.

Thursday, January 7, 2010

Ouch...

“ Awak lah macam hantu!” Oi memulangkan paku buah keras. “ Tidur macam orang mati. Saya panggil berkali-kali. Sampaikan air liur bertali-tali.”

Wednesday, January 6, 2010

Sebuah pertanyaan...

Tidak langsung terlintas di hatinya akan menerima pengakuan ini. Tidak juga tergambar di fikirannya bahawa anak orang asli menyukainya. Tak pernah tertulis di dalam tinta sejarah nenek moyangnya akan mungkin mempunyai darah keturunan orang asli. Begitu jauh fikirannya menjangka.

Biacara buat Ide yang akan pergi...

Kenangan...

tika sang bulan malu berlindung di balik awan hatipun menyapa sayu. Yang datang akan pergi. Yang indah akan berakhir. Yang gembira akan berduka. Biarppun kenangan itu hanya sedetik namun ianya tetap tersemat dan jejakmu telahpun berlabuh. Ide yang baik...

Tuesday, January 5, 2010

Rindupun berlari...

Berat benar kelopak mata atas dan bawah nak berenggang. Nikmat sungguh dapat tidur nyenyak begini. Tambah-tambah dibungkus gebar tebal. Lepas tu dibuai pula oleh kipas siling yang berpusing ligat. Duniapun menjadi milik diri sendiri sahaja

Monday, January 4, 2010

aku anak orang asli...

walaupun dia hanyalah seorang anak Orang Asli yang dilahirkan di perkampungan yang jauh terpencil di Daerah Sg.lembing namun tak siapa tahu cita-citanya tinggi melangit. Dia menggenggam azam untuk menjemput awan yang memutih di atas. Biar waktu itu dunia kenal siapa dirinya. Dia bukan lagi Manap yang dulunya dihina dikeji...

Rindu yang terus hidup...

Aku tidak ingin membenci mana-mana lelakipun. Mereka adalah pelindung warisan kita manakala wanita pula menjadi penyambung warisan itu. Ianya hakiki dan abadi. Aku sedar aku ini dijadikan dari tulang rusuk lelaki. Aku akur akan hakikat itu tetapi tahukah lelaki siapakah yang membesarkan kita untuk meneruskan hidup di dunia ini?
Dia adalah ibu kita. Tanpanya siapalah kita. lalu kuselami rasa kasih yang kudus ini buat ayah dan ibu. Dan untuk lelaki yang kukenali terimalah kata-kata bahawa aku sebenarnya menghormatimu. terimakasih kerana membenihkan kehidupan ini...tapi janganlah diungkapkan kata AKU CINTA PADAMU...kerana ibumu lebih berhak dariku

Rindu itu datang lagi...

Ah tidak! jangan dirindu pada dunia kerana tidak ada yang kekalnya. semalam telahpu hanyut. hari ini kian menjauh sedang esok entah bagaimana.

Sunday, January 3, 2010

Gelombang RIndu; My 2nd baby


Pepatah melayu ada mengatakan bahawa Berkawan biar beribu tapi berkasih biar satu. Aisyah gadis genit yang mempunyai ciri-ciri wanita solehah telah berkawan dengan Amri seorang pemuda yang berhati mulia. Perkenalan mereka bermula di tempat kerja hinggalah menjadi rapat dan akhirnya menjadi pasangan kekasih.
Namun percintaan mereka terputus di tengah jalan bila keluarga Amri menyuruh dia pulang ke kampung dan berhenti kerja secara tiba-tiba. Amri terpaksa akur dengan permintaan orang tuanya kerana dia seorang sahaja anak pasangan itu. Aisyah begitu kecewa dengan sikap Amri namun dia tetap berharap agar impian kasih yang disemai akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.
Setelah Amri meninggalkannya, Aisyah menjadi resah-gelisah. Segala kerja yang dilakukan tidak sehebat dulu, sentiasa lambat. Eksekutif baru, iatu Azam Harris cuba mengintai taman hatinya walaupun dia tahu cinta Aisyah begitu kental terhadap Amri.
Azam Harris tidak berputus asa. Dia selalu memberi kata-kata peransang hinggakan Aisyah sudah mula melupakan Amri. Bila cinta mula berputik terhadap Azam Harris tiba-tiba Aishah mendapat tahu yang Azam Harris iatu teman yang tinggal serumah dengannya.
Fikiran Aishah menjadi buntu. Tidak tahu mana satu yang harus dipilih? Sama ada Amri ataupun Azam Harris? Kedua-dua jejaka ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Mampukah Aishah menanganinya? Sedangkan harapan di hati kian bercambah kepada kedua-dua jejaka itu.

Rindu seorang lelaki ...

Dia seorang suami yang sayangkan semua miliknya di sini. Apa daya, tugas telah memisahkannya dari keluarga. Kini dia jauh diperantauan sementara keluarganya masih di Malaysia, bumi tercinta ini. Lalu rindu pun hadir bertali-tali memagut hati yang kian ranum dimamah kesedihan...