Monday, January 25, 2010

Seorang sahabat

Seorang sahabat bukan untuk dikhianati amanahnya. Seorang sahabat bukan untuk dibuang jasanya. Bukan! Seorang sahabat gunanya untuk ketawa bersama di waktu gembira dan menangis bersama dikala berduka.

Jangan sesekali dikhianti. Jangan!

Itu janji Manap. Tengku Ismadi adalah sahabatnya; Dunia dan Akhirat. Tidak akan sesekali dia mengkhianati persahabatan mereka hanya kerana seorang perempuan. Tidak!

Friday, January 22, 2010

Rindu seorang Manap

Mesej pertama daripada Manap; kenapalah dia tak ada di sini?
Mesej kedua pula berkata begini; aku perlukan dia di saat-saat genting begini...
Hati Puteri lalu gundah. Mesej yang terhad dan sukar dimengerti maksudnya. Mungkinkah Manap terjatuh dari pokok petai? Atau dia dikejar anak harimau lalu terjatuh ke dalam kandang ikan yu? Puteri gelisah sendiri. Mesejnya masih belum diterima Manap. Sebab biasa; no coverage. Aduh!

Thursday, January 21, 2010

Rindu yang abadi...

Biarpun Manap hanyalah seorang pemuda miskin yang mencari rezeki di hutan tetapi hatinya ikhlas. Sayangnya untuk Puteri bukan dusta. Ianya adalah kebenaran yang hakiki, dan Puteri memakluminya. Lalu kasih di antara mereka terjalin penuh kudus.

Sunday, January 17, 2010

Manap oh Manap

check sms.tak ada. try send message tapi tak ada coverage. di hutan belantara manalah dia berada sekarang. Jangan berkawan dengan orang utan sudah la. lupa awek di bandar

Hari ini dia rindukan Manap

Erti kasih yang terpahat di hatinya tidak mungkin terungkai hanya dengan perkataan yang dilafazkan;entah jujur entahkan tidak. Ianya adalah pengorbanan. Juga bebanan menanggung rindu yang terlalu dalam. lalu atas dasar setia dia rela menanti sehingga detik-detik penyatuan itu kembali lagi. Manap telah pergi membawa perasaan yang bergetar disetiap saat, minit dan jam.
Kata Manap;" Tuhan tahu isi hatiku."
Airmata Puteri menitis tanpa sedar. Tak sangka dia akan menjadi Minah Jiwang...

Friday, January 15, 2010

Ini betul Rindu..

Saat matanya kutatap hati pun bergetar. Saat-saat memedihkan itu akan tiba jua. Aku akan kembali menatap langit yang kosong. Awan yang bisu. Jua laut yang kelam.

Pujuklah hati agar jangan merindu. memangpun dia akan pergi tetapi tiba waktunya dia akan kembali jua. Bunga-bunga bahagia akan berulang lagi.

Selamat Jalan Sayang. Moga dikau bahagia di sana.

Thursday, January 14, 2010

Bukan bicara Rindu

Katanya dia bosan diberi perhatian. Dia terasa seolah-olah dinilai orang sebagai seorang selebriti hebat. E....! Perasan kah seorang lelaki itu? Sememangnya setiap individu ada hak membuat andaian dan jua tafsiran tetapi hak kita juga untuk mengiyakan atau menidakkan. Bukankah hidup kita adalah hak kita?
Huh! Teruskan berjuang. Biar dari suku kaum manapun kita hakikatnya kita adalah manusia. Hanya Hamba kepada PENCIPTA kita.

Fitrah hidup begitu begini....

Wednesday, January 13, 2010

Rindukan Shafiq...

Ah! nakalnya dia; memikatku dengan kata-katanya yang dipenuhi pelbagai helah. Sehingga aku hampir-hampir lemas bersama itik-itikku.

Katanya dia belum berpunya. Tak sesiapa sudi menjadi tetamu di hatinya. Ah kasihan... aku lalu menyarankan dia ke zoo. Mungkin ada sesuatu di sana untuknya. Iya... dan dia ketawa kegembiraan. Aku pun merasa gembira kerana berjaya menggembirakannya walaupun mungkin bagi orang lain saranan ini tidak masuk di akal. Pedulikanlah...asal Syafiq bahagia.

Monday, January 11, 2010

rindu sesuap nasi

Untuk hidup dia perlukan makanan. Biarpun hanya sesuap nasi. Biarpun hanya berulamkan air kosong tidak berperisa. Cukuplah. Janji hidup boleh diteruskan....inilah harga sebuah kesusahan dan dia menjadi matang oleh kehidupan yang sebegitu.

Saturday, January 9, 2010

Rindu pasti hadir...

Dia tersengih lagi. Cerita anak orang asli menyukainya hilang bagaikan bayu pagi. Langsung tidak terkesan di jiwa.
“ Anak raja? Hm…” Dia menggosok-gosok pintu bilik. Hatinya bercahaya dengan harapan.

Rindu lagi..

Kutahu hatiku. kau tahu hatimu? Aku bukanlah si punggok yang dungu. jua bukan musang berbulu ayam. Aku ingin menjadi bayu;mampu melembutkan hati yang panas. Tidakkah kau tahu sayang? Ah..rindu pun datang tanpa rasa malu, memujuk hati yang sudah jemu.

Thursday, January 7, 2010

Ouch...

“ Awak lah macam hantu!” Oi memulangkan paku buah keras. “ Tidur macam orang mati. Saya panggil berkali-kali. Sampaikan air liur bertali-tali.”

Wednesday, January 6, 2010

Sebuah pertanyaan...

Tidak langsung terlintas di hatinya akan menerima pengakuan ini. Tidak juga tergambar di fikirannya bahawa anak orang asli menyukainya. Tak pernah tertulis di dalam tinta sejarah nenek moyangnya akan mungkin mempunyai darah keturunan orang asli. Begitu jauh fikirannya menjangka.

Biacara buat Ide yang akan pergi...

Kenangan...

tika sang bulan malu berlindung di balik awan hatipun menyapa sayu. Yang datang akan pergi. Yang indah akan berakhir. Yang gembira akan berduka. Biarppun kenangan itu hanya sedetik namun ianya tetap tersemat dan jejakmu telahpun berlabuh. Ide yang baik...

Tuesday, January 5, 2010

Rindupun berlari...

Berat benar kelopak mata atas dan bawah nak berenggang. Nikmat sungguh dapat tidur nyenyak begini. Tambah-tambah dibungkus gebar tebal. Lepas tu dibuai pula oleh kipas siling yang berpusing ligat. Duniapun menjadi milik diri sendiri sahaja

Monday, January 4, 2010

aku anak orang asli...

walaupun dia hanyalah seorang anak Orang Asli yang dilahirkan di perkampungan yang jauh terpencil di Daerah Sg.lembing namun tak siapa tahu cita-citanya tinggi melangit. Dia menggenggam azam untuk menjemput awan yang memutih di atas. Biar waktu itu dunia kenal siapa dirinya. Dia bukan lagi Manap yang dulunya dihina dikeji...

Rindu yang terus hidup...

Aku tidak ingin membenci mana-mana lelakipun. Mereka adalah pelindung warisan kita manakala wanita pula menjadi penyambung warisan itu. Ianya hakiki dan abadi. Aku sedar aku ini dijadikan dari tulang rusuk lelaki. Aku akur akan hakikat itu tetapi tahukah lelaki siapakah yang membesarkan kita untuk meneruskan hidup di dunia ini?
Dia adalah ibu kita. Tanpanya siapalah kita. lalu kuselami rasa kasih yang kudus ini buat ayah dan ibu. Dan untuk lelaki yang kukenali terimalah kata-kata bahawa aku sebenarnya menghormatimu. terimakasih kerana membenihkan kehidupan ini...tapi janganlah diungkapkan kata AKU CINTA PADAMU...kerana ibumu lebih berhak dariku

Rindu itu datang lagi...

Ah tidak! jangan dirindu pada dunia kerana tidak ada yang kekalnya. semalam telahpu hanyut. hari ini kian menjauh sedang esok entah bagaimana.

Sunday, January 3, 2010

Gelombang RIndu; My 2nd baby


Pepatah melayu ada mengatakan bahawa Berkawan biar beribu tapi berkasih biar satu. Aisyah gadis genit yang mempunyai ciri-ciri wanita solehah telah berkawan dengan Amri seorang pemuda yang berhati mulia. Perkenalan mereka bermula di tempat kerja hinggalah menjadi rapat dan akhirnya menjadi pasangan kekasih.
Namun percintaan mereka terputus di tengah jalan bila keluarga Amri menyuruh dia pulang ke kampung dan berhenti kerja secara tiba-tiba. Amri terpaksa akur dengan permintaan orang tuanya kerana dia seorang sahaja anak pasangan itu. Aisyah begitu kecewa dengan sikap Amri namun dia tetap berharap agar impian kasih yang disemai akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.
Setelah Amri meninggalkannya, Aisyah menjadi resah-gelisah. Segala kerja yang dilakukan tidak sehebat dulu, sentiasa lambat. Eksekutif baru, iatu Azam Harris cuba mengintai taman hatinya walaupun dia tahu cinta Aisyah begitu kental terhadap Amri.
Azam Harris tidak berputus asa. Dia selalu memberi kata-kata peransang hinggakan Aisyah sudah mula melupakan Amri. Bila cinta mula berputik terhadap Azam Harris tiba-tiba Aishah mendapat tahu yang Azam Harris iatu teman yang tinggal serumah dengannya.
Fikiran Aishah menjadi buntu. Tidak tahu mana satu yang harus dipilih? Sama ada Amri ataupun Azam Harris? Kedua-dua jejaka ini mempunyai keistimewaan tersendiri. Mampukah Aishah menanganinya? Sedangkan harapan di hati kian bercambah kepada kedua-dua jejaka itu.

Rindu seorang lelaki ...

Dia seorang suami yang sayangkan semua miliknya di sini. Apa daya, tugas telah memisahkannya dari keluarga. Kini dia jauh diperantauan sementara keluarganya masih di Malaysia, bumi tercinta ini. Lalu rindu pun hadir bertali-tali memagut hati yang kian ranum dimamah kesedihan...