Friday, February 15, 2013
Kerana April Foo itulah...
1
“Kenapa! Kalaupun saya kuat tidur, ada saya susahkan awak?” Panjangnya muncung Bell.
“Haha….” Sukanya Shafiq. “Nama yang pelik macam nama awak memang suka tidur. Kuat makan. Juga suka membebel.”
Bell mendengus. Dia menyapu hujung bibir. Mana tahu kot kalau air liurnya meleleh keluar semasa dia tertidur tadi.
“Saya tak cukup tidur tau malam tadi!”
“Iya! Itulah. Kuat sangat berjaga. Awak buat apa? Tengok movie ya?”
Bell mencebik.
Dasar penyibuk! Dia menyapu ponggong. Tiba-tiba perutnya memulas. Hajat yang satu ini mesti diikut. Kalau tak, siaplah! Mesti malam nanti biliknya akan masam oleh aroma yang dihalau keluar oleh usus melalui pintu belakang. Bersegera dia bangun. Memulas bersungguh-sungguh perutnya. Mesti perutnya buat hal sebab mangga yang dibawa Shafiq. Masam betul!
“Nak ke mana awak?” Ayat! Semacam aja. Matapun semacam. Bulat yang dipenuhi beribu persoalan.
“Nak ke tandas. Kenapa! Nak ikut?” Bell tersengih di sebalik rasa senak yang kian menggila. Hadoi perut..
“Nak juga kalau awak izinkan!” Shafiq tersengih lebar, tapi tak sempat nak menyambung ayat bila Bell berjalan pantas ke female locker room. (Itu yang tertulis di pintu) Di dalamnya, ada satu bilik lagi, Juga ada satu lagi pintu di dalam sana. Di belakang pintu itu, terdapat satu ruangan yang agak luas dan selesa, berserta dengan sinki. Juga tiba bilik di mana di situlah manusia di sini membuang isi perut yang tak diingini oleh tubuh. Bell hilang di sebalik pintu itu.
Shafiq menopang dagu. Dia suka menyakat Bell. Gadis itu cantik dan gaya dengan emosi. Juga suka bertekak. Itu yang Shafiq suka sangat. Dunianya jadi riuh bila berdepan dengan Bell.
“Hai handsome!”
Shafiq melepaskan dagunya.
“Ops Tina! Awak dari mana? Nak ke mana?” Bell tak ada. Bolehlah dia mengayat Tina yang comel.
“Dari kafe. Nak baliklah. Saya beli kek coklat kat situ. Sedap tahu!”
“Tak tahu pun!” Shafiq tersengih.
“Inilah saya bagi tahu!”
“Tak beli lebih? Untuk saya! Si kacak yang dicemburui ramai lelaki lain di luar sana.”
“Hahaha..” Dina tertawa suka. Dia tahu Shafiq suka bergurau. Kadang-kadang perasan terlebih kacak, tapi Dina tak kisah. Memangpun Shafiq kacak. Bakal jurutera lagi! Siapa tak nak cuba? Gaji mula pun dah 4k. Cerah masa depan. “Ini ha!” Dia tunduk mengambil sebiji kek coklat yang diisi di dalan bekas kecil. Di atas kek, berlambak coklat bar yang dicairkan dan dituang memenuhi permukaan atas yang dihiasi dengan coklat rice. “Untuk awak!”
“Iya untuk saya?” Amboi sukanya Shafiq kalau dilebih-lebihkan. “Awak memang seorang awek yang cantik dan baik. Juga bersifat keibuan. Saya suka. Terima kasih bebanyak.” Punyalah seronok dapat sebiji kek coklat yang kecil sampaikan bercakappun tak betul.
“Ini sudunya. Makanlah!” Dina menghulur sudu putih sambil terus tersengih. Bangganya hati dapat berborak dengan si Shafiq yang kacak. Jejaka yang akan menamatkan latihan praktikalnya lagi tiga bulan. Siapa tahu untung nasibnya! Kalau Shafiq dapat digenggamnya pasti masa depannya bersinar.
“Terima kasih sekali lagi. tak terhingga perasaan kasih saya menerima kek ini.” memang Shafiq dah bergaya kasanova. Dia suka apa! Sesekali aja. Tak menuggu, penutup bekas coklat dibuka. Dia mencedok coklat moist itu dengan sudu kecil. Dengan lafaz Bismillah kek itu disuap ke mulut. “Hrm…! manis, gebu dan menggiurkan.” Matanya dipejam rapat. “Macam tuannya juga.” Dia mengejit mata, membiarkan giginya ditatap oleh mata Dina.
Sukanya Dina!
“Kalau awak suka, saya akan masakkan untuk awak!”
Shafiq membuka mata. Terpancar rasa teruja di wajahnya.
“Awak? Akan masak kek untuk saya!” Sukanya dia diberi perhatian.
“Saya boleh buat, tapi awak jangan komplen tau kalau tak berapa sedap!”
“Takkanlah saya nak komplen segala kalau awak nak buat baik kat saya. Kalau awak nak tahu, bukan setakat kek. sekali dengan bekasnya saya akan gigit.” Nak dia cakap nak gigit lengan Dina, tapi tak jadi. Rasa macam terlebih berpura-pura pula.
“Ehem-ehem!” Itu suara Bell.
“Eh Bell.! Ingat awak dah balik?”
“Tak. Saya kat sini sejak tadi,. Awak aja tak nampak saya. Sibuk bercinta katakan!”
Dina tunduk tersipu-sipu. Dia suka apa kalau benar dia dan Shafiq bercinta. lagipun, Shafiq tak declare pun siapa kekasih terangnya. Dia tak percaya Bell yang lasak macam lanun ini boleh memikat hati Shafiq yang bergaya macho. Mati hidup balik dia takkan percaya. Dia memang nak cuba memancing hati Shafiq. Ya! Demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang!
Bell mencebik. Tajam panahan matanya merenung Shafiq yang leka menikmati kek.
“Nak baliklah! Dah lewat. Kita hanya buat latihan di sini! Tak payah nak tunjuk baik sangat.” Beg tangan yang diletak di dalam loker di bawah meja segera diambil. Dia melangkah laju ke pintu pejabat. Mujur pula kakitangan tetap di pejabat ini sedang bermesyuarat. Mudah dia angkat kaki!
“Eh! Saya datang dengan awak. Nak kena balik dengan awaklah!” Dina baru tersedar dari lamunannya. Mujur Bell cakap dah nak balik.
“Cepatlah! Kalau awak melayan mamat kelabu asap tu, tak baliklah awak.”
Shafiq tersengih.
“Cemburu?” Tanyanya.
“Tolonglah…” Balas Bell. Dia memang takkan mengizinkan hatinya dihuni oleh perasaan cinta selagi misinya belum tercapai. Lebih-lebih lagi dengan Shafiq! tapi, kadang-kadang jantung terlebih denyut jika melawan renungan lelaki miang tu.
Miang? Oh tidak….!
Subscribe to:
Posts (Atom)