Thursday, November 7, 2013
2
“Tumpang duduk boleh?”
Tersembur air yang diminum. Fish menekup mulut. Bimbang tersedak sekali lagi. Nak balas dendam agaknya! Mata tajam macam sembilu. Huh! seram betul. Jeling sikit! memang muka spesis muka model. Cuma, dia tak pasti melayu atau bukan. Fikir balik, apa kena mengena dengannya! Buat bodoh sudahlah. Dia pura-pura sibuk balas SMS. Haha. lantaklah kalau mamat ini nak gelakkannya sebab guna telefon bodoh.
Pa’an duduk di atas kerusi depan Fish. Tangan menopang dagu. Tengok Fish sekejap. Kemudian tengok Jom yang selamba mengangkat kening. Dia pun lakukan perbuatan yang sama. Angkat kening kat Fish. Haha. Nak perhatian, mestilah pandai mengayat.
“Nama saya Pa’an!”
Ops! Fish tersedak lagi. Pendeknya nama! Pa’an aja? Gatal aja mulut nak menanya, tapi tak berdaya. Dia terbatuk-batuk. Macam orang tercekik gigi palsu.
“Hello! I Jom. Itu nama pendek. Nama panjang Jom Ai Chuan. Ini pula kawan I. Nama pendek Fish. Nama panjangnya Arniza. Waktu kecil-kecil dulu dia suka tengok ikan laga dalam botol. Siap dilaga-lagakannya ikan-ikan itu. Sampaikan ada yang mati sebab terlanggar botol. Itulah dapat gelaran Fish. Haha”
Pa’an angkat kening sekali lagi. Kisahnya! Sekali lagi dia menjeling Fish. Nampak muka sopan aja. Kasar rupanya! Sengih lagi.
Fish membalas dengan senyuman yang dibuat-buat.
Saya sedang sibuklah bro! ada urusan yang belum selesai.
“Bang! minta teh tarik lagi satu.” Air yang bersisa separuh cawan ditolak rapat ke depan Fish. Pa’an memang mat selamba.
Fish tunjuk cawannya yang masih penuh.
”Saya minum satu cawan aja.” Wah, Dia boleh buat muka garang apa!
“Tak mengapa. Minum aja dua cawan. Minum sampai habis. Yang ini dah bercampur air liur awak. habiskan! kalau tak, membazir.”
Fish buat muka bodoh. Dalam kepala dia terfikir samada nak balik ke rumah mamanya atau tak petang ni! kalau sekali fikir, rasa nak balik. Dua kali fikir, malaslah pula. Kalau balik dia akan rasa sama macam duduk di dalam panggung wayang. Mama akan membebel suruh sambung belajar. Dia bosan, bosan dan bosan. Huh! Tak kisahlah jadi kerani pun! kalau pandai sangat nanti, kot lelaki pula tak ada kerja. Semua dibolot oleh kaum wanita. Sudahlah begitu, tak ada pula lelaki yang nak masuk meminangnya sebab gaji tinggi. Pangkatpun tinggi. Haha. Berangan aja lebih. Padahal, dia malas nak belajar bila dah pegang duit sendiri.
“Awak berdua dah bekerja atau masih belajar?”
Part jawab soalan eloklah diserahkan kepada Jom. Baik dia diam aja. Pura-pura sibuk mengadap skrin telefon lagi bagus daripada menatap muka Pa’an yang boleh menggugat keimanannya. Kang dia terpikat susah pula.
“Tekalah!” Amboi Jom...., siap buat muka manja lagi. Anak dara Siam ni memang mengada-ngada kalau mengadap muka mamat kacak. Perasan dia pun lawa macam Aiswarya Rai. Haha.
“Look like student! Form six! or Maktrik?”
Dahi Fish berkerut. Tak sengaja! bila tersedar, terus digosoknya. Tak suka kalau keningnya berkedut lebih awal.
“Saya dah kerja. Dia aja masih belajar.” Fish terpaksa menjawab bila Jom menunjuknya agar menjawab soalan itu.
“Really?” kalau dilihat sekali pandang, Jom kelihatan lebih matang berbanding Fish yang walaupun cantik, tetap nampak sombong. Boleh pula memukul bola tangkis ke mukanya. Tiga kali pula tu! entah sengaja kot. Pa’an duduk tegak depan Fish. Senyum sikit! tapi nipis. Tangan memeluk tubuh sambil melihat Fish yang masih buat-buat sibuk semula.
“Awak buat apa kat telefon tu? Betullah kata orang...”
Segera kepala Fish terangkat. Kata apa ya? nak juga dia tahu.
Pa’an tersengih. Mengena juga pancingnya.
“Generasi sekarang tak pandai nak bergaul. Mereka lebih sibuk mengadap gajet daripada meneruskan tradisi orang lama iaitu mengeratkan silaturrahim. Kalau saudara-mara datang bertandang ke rumah, generasi muda sekarang lebih suka memerap di dalam bilik, mengadap laptop ataupun telefon pintar. Kalaupun berdepan dengan orang, mereka terlebih sopan daripada orang-orang lama.”
Teruja pula Fish dan Jom nak tahu. Apa yang terlebih sopannya?
“Maksud awak?” Fish menatap mata tajam yang dirasakannya penuh dengan intipan untuk tahu lebih mengenai dirinya dan Jom. Mungkin Jom aja yang tak tahu.
“Sebab tak mendongak ke atas! Cakaplah apapun, tunduk aja ke bawah. Macam awak tadi! dok layan kawan bisu yang hantar pesanan.” Pa’an membebel. Dia memang suka bercakap dan membebel. Bukankah dia bekerja sebagai seorang cikgu! Anak-anak dara berdua ini aja tak tahu.
Uwek! Fish nak termuntah. Ini tuduhan tau! dia hanya main game ular tadi. Siapalah yang nak diajara berbalas-balas SMS. Kalau ada teman lelaki lainlah! Ini, masih solo trang tang tang lagi. Pandailah serkap jarang.
Nampak gaya Fish dah semacam. Tengok muka dah merah tahulah Pa’an gadis ini tak selesa dengan komennya tadi.
“Actually....saya ada hal dengan awak berdua. Terlanjur dapat mara ke pusingan penentuan, dikira okeylah tu! Pukulan pun cantik! pandai buat drop ball depan net. Jumping smash pun cantik. Menjunam macam layang-layang putus ekor..”
Bodek nampak! Fish menjeling Jom. Ana dara Siam itu mengejit mata kepadanya.
“So?” terus aja ke tajuk utama. Pening aih nak berjela-jela mukadimah.
“So....” dia memandang Jom. Gadis itu terdiam dan menunggu apa yang nak dicakapkannya. Syoklah pula buat orang ternanti-nanti. Haha. Dia tengok pula muka Fish. Selamba aja sambil menyuap bihun sup ke mulut. Dia suka stail Fish. Boleh sorok perasaan dengan bersikap selamba. Agaknya kalau dia usik sikit macam mana agaknya? Bolehlah cuba. Kalau dah kenal lama sikit nanti, nak diusiknya Fish konon dia nak masuk meminang. Kalau tak pengsan, tentu melopong mulut. Haha.
“Saya nak menjadi jurulatih awak berdua. Kita masuk tournament yang dianjurkan oleh mana-mana pihak. Atau boleh juga pinjamkan awak!” Dia memandang Jom. “Atau awak!” Fish pun kena! Sekali lagi dia buat muka bodoh.
“Pinjam apa pula?” Jom memang bersemangat ingin tahu. Ingin maju dan ingin ke depan.
“Kalau ada mana-mana syarikat tak ada player, dan nak pinjam awak berdua untuk menjadi pemain mereka. Saya boleh uruskan. Janji masyuk....” Huh, duit aja yang difikirkan oleh Pa’an. Komitmen besar. Mestilah pandai cari jalan!
Hish! Fish membantah dalam diam. Nak bagi orang pinjam? Macam lain aja maksudnya. Seram sejuk tengkuknya. Bapa ayam kah mamat poyo ini hah? Apa! ingat dia tak ada duit nak hidup sampaikan boleh disewa oleh sesiapa saja! Hello. Saya ada kelas tau. Cuma, dia malas nak bising aja. Kang Jom terasa hati pula.
“Actually, saya nak cakap kat awak berdua pasal satu lagi hal!” kening dua orang awek tak sebangsa dan tak seugama terangkat serentak. “kita akan ada sesi latihan tau! every weekend. Saya percaya awak berdua pasangan yang hebat. Ada bakat dan ada skill. Tak mustahil boleh sampai ke peringkat kebangsaan.” Kening Jom dan Fish terangkat lagi.
“Wah....boleh! Saya suka ada coach.” Jom menghirup teh tarik yang baru sampai. “Oh panasnya air!” Dia mengipas mulut. Tak berani nak cuba untuk menghirup minuman manis yang tak bagus untuk kesihatan sesiapapun jua itu. Kaedah lain digunakan. Dituangnya teh tarik itu ke dalam pelapik cawan. Tiup perlahan-lahan dua tiga kali. Disua ke mulut dan menghirup dengan cermat. Penuh seni caranya.
Fish diam. Dia kena fikir sampai tak boleh fikir hal yang diusulkan tadi. Mana boleh main redah aja! Memanglah Pa’an atau ada nama lain yang dia tak tahu ini tahu dia pandai main badminton. Satu dunia pun akan percaya dia ada talent sebagai pemain badminton kalau aksinya bertarung dipertontonkan di chanel 801 dan disiarkan secara langsung! Wah...sempat lagi dia berangan. Cuma, dia tak berani beri jaminan lagi. Ini hal penting. Dia pula bekerja. Memanglah kalau setakat kerja sebagai kerani di kedai elektrik orang tak akan kenal, tapi itulah sumber rezekinya buat masa sekarang. Mana boleh buat dua kerja dalam satu masa! mahu pengsan dibuatnya.
“Saya tak boleh bagi jawapan lagi tau! nak kena fikir dulu.” Jom tentu tak suka mendengar jawapan daripadanya. Sebaranglah!
Jom mengangguk-anggukkan kepalanya. Entah menerima pelawaan Pa’an atau nak ikut cakap Fish.
“Kami akan beri jawapan secepat mungkin. Boleh?” Itulah jawapan yang sepatutnya.
Fish diam aja. Dia tak mahu terikat dengan komitmen yang entah boleh dilakukannya atau tidak.
“Tak mengapa. Saya tak akan minta awak berdua bagi jawapan sekarang. Balik rumah, rehat dulu. Mandi air suam. Tenangkan fikiran. Tidur sekejap. Malam nanti mimpikan kejayaan, atau mimpikan muka saya. Esok pasti ada jawapan”
Wednesday, October 30, 2013
Sekeping Cinta Untuk Dia
1
Tik tok. Tik tok. Tik tok.
“Hish! Alarm ni…..,kacau ah!”
Tutup mata balik. Nak mimpi memanjat bulan guna eskalator. Tak sedar dia tersengih. Bodoh betul mimpi. Elok matanya layu, ada bunyi lagi.
Tik tok. Tik tok.
Ah…bising betullah. Garu-garu kepala. Rambut jadi lebih kusut. Dia cuba tidur semula, tapi tak boleh bila tiba-tiba teringatkan sesuatu.
“Mak datuk! nenek kebayan.” Selebihnya tiada kata-kata yang boleh diingatnya lagi. Segala-galanya macam hantu! capai tuala, londeh baju tidur depan katil. Lari masuk bilik mandi. Lima minit aja, siap! buka almari, tarik apa-apa yang sepatutnya. Sarung aja. Janji pakaian sukan!
“Mesti minah pekasam tu dah tunggu. Ya Allah! mujur Engkau cutikan aku. Kalau tak, memang Subuh gajahlah pagi ni.” Memang dia terbabas sebab malam tadi tidur lambat. Rasanya pukul dua pagi baru mata boleh tertutup. Tak tahu kenapa. Tak ada jawapan.
Elok aja dia di luar rumah, tengah nak pakai kasut, Sony Ericsson menggigil. Suara tak ada! Haha. Silence mood rupanya! Patutpun tak ada lagu On the Floor seperti selalu!
“Ello amoi.”
“Apa amoi amoi!” Huh, garang aih suara
Fish ketawa. Dia tak kisah kena marah dengan amoi lawa macam Jom. Bila-bila masa pun dia tak kisah. Jom kan buddynya? Mana boleh marah!
“Sorry ah! saya tidur lambat malam tadi. Mimpi pelik.”
“Awak memang! mimpi lah. Angau lah. Cepat! game dah nak start. Kalau awak sampai lewat dan penyertaan kita dibatalkan, siap!”
“Apa yang siapnya?” Dah di atas skuter dia masih boleh menyoal. Sambil menunggu jawapan, dia menekan topi keledar comelnya yang penuh dengan gambar Cinderella dan Barbie dengan lebih kuat. Tak masuk pula. Oh! tocang di atas. Lupa pula. Tocang dilepas. Getah rambut disumbat ke dalam poket seluar. Seperti selalu, rambut yang tak bersikat itu dilipat dan disorok di dalam topi keledar. Akan ditutupnya dengan tudung muncung depan, seperti selalu. Siapapun tak akan nampak. Dia langsung tak terfikir mungkin akan ada seseorang yang akan ternampak rambutnya yang hanya akan ditutup bila topi keledar dikeluarkan daripada kepalanya. Orang itu mungkin akan pengsan tengok rambut yang jarang disikat.
“Saya akan upah mana-maman pakcik Jaga cium awak sampai terkentut.”
Dahsyatnya ugutan! Dia tak berani bersoal-jawab lagi. Janji pukul lapan, pukul lapanlah yang dituntut Jom. Kalau lambat, mau pak cik Jaga mencarinya. Nak cium! huhu. Tak sanggup!
Akhirnya dia sampai juga. Sambil memandang bangunan besar yang tersergam depan mata, dia berfikir nak cari duit banyak-banyak. Nak beli tanah lot yang luas. Boleh buat rumah idaman. Banglo kah! atau hanya rumah biasa. Tak kisahlah! janji rumah. Besar macam bangunan ini. Hah! ini stadium tertutuplah sayang. Haha. Rumah ala-ala stadium. Okey apa!
“Oit nenak!”
Sergahan yang mematikan lamunannya.
Asam boi betullah amoi ni. Nak berangan sekejap ajapun tak boleh.
“Saya dah sampai pun! takkan mereka nak batalkan pula. Kita dah bayar duit penyertaan. Tak acilah. Kang saya lapur pak polis, baru tahu.” Amboi! dah datang lambat, ada hati nak repot kat polis!
“Jom! bertekak dengan awak tak faedahnya pun. Sekejap lagi kita kena main. Round Robbin tau! awak jangan tak fit pula.”
“Round Robbin? Gila betul mereka.”
“Jangan kata saya tak brief awak pula! Ini peringkat daerah tau. Tak larat, minum hundred plus banyak-banyak.” Jom dah berjalan masuk. Sampai di pintu dewan gelanggang badminton, dia berpaling melihat Fish. “Tudung pakai! rambut macam rambut bini tarzan, ada hati tak mau tutup. “Itu aurat tau!” Walaupun dia bukan gadis Melayu berugama Islam, hukum hakam dia tahu apa! Ini Malaysia lah. Jangan pandang remeh tau. Mandi wajib pun dia tahu. Selalu amalkan pun.
“Ops!” Tudung yang disimpan dalam beg raket badminton segera diambil. Kemas sikit. Siap! Topi keledar biru disangkut di lengan. “Tunggu saya amoi!” Dia berlari ke dalam dewan, mengejar Jom yang laju ke depan. Dari jauh dia mendengar pengumuman. Lagilah kalut. Macam kartun langkah kakinya. Jom lagilah laju. Macam belut masuk ke dalam dewan. Mak ai…. ramainya orang! Oh lupa pula. Peringkat daerah katakan.
“Court ketiga, Jom Ai Chuan dan Arniza Ayub! Last call okey.”
“Okey! okey!.” Terkedek-kedek dia berlari ke depan meja. Berdiri tegak di sebelah Jom, mengadap muka penganjur di meja pendaftaran. Seorang lelaki berwajah kacukan. Rupa Melayu campur Serani? Eh! macam rupa mamat Pakistan pun ada, tapi serius gila! lagi kecut perut Fish. “Ada! saya dan Jom Ai Chuan.”
“Court nombor tiga okey!”
Ops! dia berlari pula ke gelanggang. Terlupa nak diletaknya beg dan barang-barang lain.
“Takkan nak letak dalam court beg awak? Ini! helmet dan jaket pun dalam court. Ya Allah, Engkau tanggalkan sifat kelam kabut yang ada di dalam diri kawan aku ini kepada yang berlawanan dengannya. Amin…” Tangan sapu ke muka.
Fish tergelak.
“Doa dah cantik! tunggu nak mengucap aja.”
Jom turut sengih sambil memusing-musing raket di tangan.
“Tunggu saya jumpa bakal suami. Yang nyata, dia mesti Melayu dan Islam.”
“Wow…”
“Cepat! letak beg awak. Game dah nak start.” Jom berbisik di tepi telinga Fish.
Ops!
Selepas itu, tiada lagi perbualan. Fish berlari ke tepi gelanggang. Buru-buru mencampak beg dan barang- barang lain di luar garisan. Harap-harap tak adalah sesiapa meraba ke dalam begnya. Ada macam-macam di dalam. Kebanyakkannya ialah barang-barang peribadi perempuam. Macam-macam jenis dan kegunaan mengikut waktu. Sambil berjalan masuk ke tengah-tengah gelanggang, menghampiri Jom yang sedang menunggu, dia perasan sepasang mata tajam sedang menghunus tajam ke wajahnya. Tepat sekali! Seperti biasa, dia buat bodoh. Ada dia kisah?
Lelaki yang tadi duduk di meja pendaftaran berdiri di luar gelanggang, tengah-tengah antara Fish dan Jom di kirinya. Manakala lawan mereka, seorang tinggi lampai dan seorang lagi agak gempal menunggu perlawanan dimulakan. Mereka di sebelah sana.
“Mamat tu jadi pengadil?” Fish tak senang hati. Muka yang serius dan tegang mengganggu emosinya. “Susahlah nak fokus kalau orang muda jadi pengadil. Apatah lagi kalau mamat tu!”
“Ish..diamlah! Biarlah. Kita fokus kat game aja tau! jangan nak main mata pula. Kalau nak berkenalan, tunggu game habis. Make sure kita menang. Ada faham?” Jom berbisik lagi.
Haiya, minah Siam ini. Suka cakap tepi telinga orang. Berdiri bulu roma bila nafas Jom menampar cuping telinga. Sampaikan Fish tergigil-gigil.
“Jangan bisiklah. Saya geli. Tak tahan! rasa nak ke tandas.”
Jom tertawa. Mengekek-ngekek.
Fish mengangkat raket ke atas. Ketuk sekali di bahu Jom. Padan muka!
“Perlawanan di antara kumpulan tak bernama tapi ada penyertaan, iaitu Jom Ai Chuan dan Arniza Ayub, menentang kumpulan Kasut Kami Lawa. Kasut Kami Lawa?” Ketawanya terlepas keluar. Punyalah geli hati sampaikan terpaksa menutup mulut. “Maaf ya.” Mulut ditutup rapat. Betulkan topi besbol di atas kepala. Dia bertenang semula. ‘Kumpulan Kasut Saya Lawa yang dianggotai oleh Mazanah Mat dan Azizah Majid!” Dia menunjuk ke kirinya, ke arah kumpulan Kasut Kami Lawa.
Para penonton yang tadinya hanya memberi tumpuan kepada gelanggang pertama dan kedua mengubah tumpuan. Perlawanan di antara pemain-pemain perempuan tiba-tiba diberi perhatian. Ramai bersorak. Ramai juga yang masih ketawa.
“Letak nama pelik! Mahu orang tak bagi tumpuan.” Fish dah mula membebel. Dia tak selesa diberi perhatian, walaupun dia tahu dia cantik dan patut dipandang lebih daripada sekali. Ini perlawanan okey! Huh, senak dah perutnya.
“Relaxlah. Anggap tak ada orang tengok kita. Buat macam selalu. Seperti semasa kita berlatih tiap-tidap hari ahad.”
“Itu lainlah!” Fish pula berbisik.
“Girls! boleh kita mula? Haiya, leceh betul jadi pengadil untuk perempuan. Pa’an langsung tak seronok. Mesti lehernya lenguh sebab terpaksa mendongak melihat bulu tangkis. Tentunya macam tengok wayang yang dislow motion.
Fish menjeling. Meluat tengok mamat poyo perasan lawa. Raket dipegang kemas.
“Okey! boleh.” Jom menjawab.
“Boleh pukul dulu. Tiga kali ya!”
Mereka memukul. Kemudian, bulu tangkis diletak di atas net. Jatuh tergolek ke bawab. Bontot bulu tangkis mengadap ke arah lawan.
“Arniza dan Jom akan memulakan servis.” Dia memanjat ke atas bangku tinggi.
”Awak pukul muka pengadil tu apa hal?” Jom mengesat peluh. Mineral water habis sebotol diminumnya.”Merah padam muka dia tau!”
”Saya tak sengaja tau! Tangan ni ha! saya pukul dalam court, tapi entah macam mana, terbabas ke muka dia.” padahal dia sebenarnya asyik terfikirkan muka mamat tu aja. Sesekali tengok, hensem! haha.
“Main biar betul-betul. Fokus shuttle cock ke depan. Bukan ke muka orang!”
Amboi mak ai, garangnya! Fish menjeling. Ada juga spesis lelaki garang macam mamat ni. Janganlah jadi balaknya nanti.
Friday, February 15, 2013
Kerana April Foo itulah...
1
“Kenapa! Kalaupun saya kuat tidur, ada saya susahkan awak?” Panjangnya muncung Bell.
“Haha….” Sukanya Shafiq. “Nama yang pelik macam nama awak memang suka tidur. Kuat makan. Juga suka membebel.”
Bell mendengus. Dia menyapu hujung bibir. Mana tahu kot kalau air liurnya meleleh keluar semasa dia tertidur tadi.
“Saya tak cukup tidur tau malam tadi!”
“Iya! Itulah. Kuat sangat berjaga. Awak buat apa? Tengok movie ya?”
Bell mencebik.
Dasar penyibuk! Dia menyapu ponggong. Tiba-tiba perutnya memulas. Hajat yang satu ini mesti diikut. Kalau tak, siaplah! Mesti malam nanti biliknya akan masam oleh aroma yang dihalau keluar oleh usus melalui pintu belakang. Bersegera dia bangun. Memulas bersungguh-sungguh perutnya. Mesti perutnya buat hal sebab mangga yang dibawa Shafiq. Masam betul!
“Nak ke mana awak?” Ayat! Semacam aja. Matapun semacam. Bulat yang dipenuhi beribu persoalan.
“Nak ke tandas. Kenapa! Nak ikut?” Bell tersengih di sebalik rasa senak yang kian menggila. Hadoi perut..
“Nak juga kalau awak izinkan!” Shafiq tersengih lebar, tapi tak sempat nak menyambung ayat bila Bell berjalan pantas ke female locker room. (Itu yang tertulis di pintu) Di dalamnya, ada satu bilik lagi, Juga ada satu lagi pintu di dalam sana. Di belakang pintu itu, terdapat satu ruangan yang agak luas dan selesa, berserta dengan sinki. Juga tiba bilik di mana di situlah manusia di sini membuang isi perut yang tak diingini oleh tubuh. Bell hilang di sebalik pintu itu.
Shafiq menopang dagu. Dia suka menyakat Bell. Gadis itu cantik dan gaya dengan emosi. Juga suka bertekak. Itu yang Shafiq suka sangat. Dunianya jadi riuh bila berdepan dengan Bell.
“Hai handsome!”
Shafiq melepaskan dagunya.
“Ops Tina! Awak dari mana? Nak ke mana?” Bell tak ada. Bolehlah dia mengayat Tina yang comel.
“Dari kafe. Nak baliklah. Saya beli kek coklat kat situ. Sedap tahu!”
“Tak tahu pun!” Shafiq tersengih.
“Inilah saya bagi tahu!”
“Tak beli lebih? Untuk saya! Si kacak yang dicemburui ramai lelaki lain di luar sana.”
“Hahaha..” Dina tertawa suka. Dia tahu Shafiq suka bergurau. Kadang-kadang perasan terlebih kacak, tapi Dina tak kisah. Memangpun Shafiq kacak. Bakal jurutera lagi! Siapa tak nak cuba? Gaji mula pun dah 4k. Cerah masa depan. “Ini ha!” Dia tunduk mengambil sebiji kek coklat yang diisi di dalan bekas kecil. Di atas kek, berlambak coklat bar yang dicairkan dan dituang memenuhi permukaan atas yang dihiasi dengan coklat rice. “Untuk awak!”
“Iya untuk saya?” Amboi sukanya Shafiq kalau dilebih-lebihkan. “Awak memang seorang awek yang cantik dan baik. Juga bersifat keibuan. Saya suka. Terima kasih bebanyak.” Punyalah seronok dapat sebiji kek coklat yang kecil sampaikan bercakappun tak betul.
“Ini sudunya. Makanlah!” Dina menghulur sudu putih sambil terus tersengih. Bangganya hati dapat berborak dengan si Shafiq yang kacak. Jejaka yang akan menamatkan latihan praktikalnya lagi tiga bulan. Siapa tahu untung nasibnya! Kalau Shafiq dapat digenggamnya pasti masa depannya bersinar.
“Terima kasih sekali lagi. tak terhingga perasaan kasih saya menerima kek ini.” memang Shafiq dah bergaya kasanova. Dia suka apa! Sesekali aja. Tak menuggu, penutup bekas coklat dibuka. Dia mencedok coklat moist itu dengan sudu kecil. Dengan lafaz Bismillah kek itu disuap ke mulut. “Hrm…! manis, gebu dan menggiurkan.” Matanya dipejam rapat. “Macam tuannya juga.” Dia mengejit mata, membiarkan giginya ditatap oleh mata Dina.
Sukanya Dina!
“Kalau awak suka, saya akan masakkan untuk awak!”
Shafiq membuka mata. Terpancar rasa teruja di wajahnya.
“Awak? Akan masak kek untuk saya!” Sukanya dia diberi perhatian.
“Saya boleh buat, tapi awak jangan komplen tau kalau tak berapa sedap!”
“Takkanlah saya nak komplen segala kalau awak nak buat baik kat saya. Kalau awak nak tahu, bukan setakat kek. sekali dengan bekasnya saya akan gigit.” Nak dia cakap nak gigit lengan Dina, tapi tak jadi. Rasa macam terlebih berpura-pura pula.
“Ehem-ehem!” Itu suara Bell.
“Eh Bell.! Ingat awak dah balik?”
“Tak. Saya kat sini sejak tadi,. Awak aja tak nampak saya. Sibuk bercinta katakan!”
Dina tunduk tersipu-sipu. Dia suka apa kalau benar dia dan Shafiq bercinta. lagipun, Shafiq tak declare pun siapa kekasih terangnya. Dia tak percaya Bell yang lasak macam lanun ini boleh memikat hati Shafiq yang bergaya macho. Mati hidup balik dia takkan percaya. Dia memang nak cuba memancing hati Shafiq. Ya! Demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang!
Bell mencebik. Tajam panahan matanya merenung Shafiq yang leka menikmati kek.
“Nak baliklah! Dah lewat. Kita hanya buat latihan di sini! Tak payah nak tunjuk baik sangat.” Beg tangan yang diletak di dalam loker di bawah meja segera diambil. Dia melangkah laju ke pintu pejabat. Mujur pula kakitangan tetap di pejabat ini sedang bermesyuarat. Mudah dia angkat kaki!
“Eh! Saya datang dengan awak. Nak kena balik dengan awaklah!” Dina baru tersedar dari lamunannya. Mujur Bell cakap dah nak balik.
“Cepatlah! Kalau awak melayan mamat kelabu asap tu, tak baliklah awak.”
Shafiq tersengih.
“Cemburu?” Tanyanya.
“Tolonglah…” Balas Bell. Dia memang takkan mengizinkan hatinya dihuni oleh perasaan cinta selagi misinya belum tercapai. Lebih-lebih lagi dengan Shafiq! tapi, kadang-kadang jantung terlebih denyut jika melawan renungan lelaki miang tu.
Miang? Oh tidak….!
Subscribe to:
Posts (Atom)