Monday, October 10, 2011

Dongeng siRaja tampan dengan Puteri gemuk


Di sebuah negeri entah berantah namanya, diperintah oleh seorang Raja yang muda belia.Baginda memiliki kesempurnaan yang selayaknya, sesuai sangat dengan kedudukan baginda.

Orangnya tampan, berkulit putih kemerahan. Rupa parasnya sempurna. Susuk badannya juga sempurna. Dada dan perutnya separas. Bahunya lebar. Tapak kakinya juga lebar.

Sayang sekali rakyat jelata kesemuanya gempal-gempal belaka. Kemakmuran kerajaan pimpinan Raja LaksaSuka menyebabkan rakyat baginda menghabiskan masa sehari-hari dengan memasak dan makan masakan mereka. Tiap-tiap hari ada pertandingan memasak. Rakyat jelata begitu gemar memasak makanan yang berlemak, berminyak dan dipenuhi dengan kolesterol. Sehingga naik pening Raja LaksaSuka. Baginda berfikir, mencari jalan bagaimana nak mengecilkan badan rakyat jelata dan juga para pemimpin. Semuanya dah berubah menjadi seperti belon.

“Fikir. Beta kena cari jalan. Beta kena panggil mesyuarat tergempar.” Baginda bersuara seorang diri di bilik peraduan. Sementelah baginda belumpun mempunyai permaisura. Makanya, suara baginda hanya didengari oleh katil dan segala benda yang ada di dalam bilik peraduan tersebut sahaja.