Friday, July 30, 2010

Kubuka bicara menutup rindu yang mula terasa
Kukunci retak perpisahan yang kian membara
Kucuba menelan pilu yang menggila dijiwa
Lalu kutanam pasrah… menerima… segalanya (memandang jauh ke depan)

Seperti baru semalam kita bersua, berkenalan, bermesra,
Kuingati tika dia menegur sebarang alpa
Itu… adalah teguran seorang bapa
Tiba-tiba hari ini merentap kemesraan yang sudah menepu dijiwa
Dia tidak akan berlama-lama
Hari ini menanam yakin dia akan pergi pada masa yang akan tiba
Dia tidak akan lagi bersama-sama berceloteh membina cerita
tentang harga baja
Juga tentang golf di mana ada
Semuanya
Tidak akan ada apa-apa lagi yang akan kita bina bersamanya
Seorang bapa yang menerima kita seadanya kita

Mengertilah aku kini
Apa yang dibinanya di sini
Hanya setakat ini
Sesekali dia seakan membeku diri
Berdiam diri di taman ar_Raudhah yang sesekali begitu sunyi
Mungkin berfikir akan sesuatu yang belum diberi
atau… (menggeleng berkali-kali)
Adakah ada sesuatu yang tersirat di hati?

Namun telah kupujuk jangan ada sebarang rasa
Kerana di sana ada jejak yang bermula sekian lama
nun di bangunan kayangan sana
dan juga
Geruhnya sudah tertanam di bangunan Mahawangsa
Penjenamaan Agrenas memberi debar penuh bahagia
Seperti apa yang dirasainya tika PEC Club berjaya dibina

Hari ini bagai bercerita
Apa dirasa
Apa didamba
Adakah ada lagi esok yang ceria?
Untuknya!
Untuk kita!
ALLAH tahu apa terbaik untuk semua
Izinkan dia berlalu tanpa nista
tanpa curiga
Salam Sayonara….

Ami Amilia